Monday 23 September 2013

Famous People Born in 1986

Assalamualaikum.. Siapa kat sini yang lahir pada tahun 1986? Sila perkenalkan diri ye.. Mereka di bawah ini juga lahir pada tahun 1986. Sebaya la kita..

Siapa tak kenal Lady Gaga yang terkenal dengan pakaian kontroversi ni. Pakaian daripada daging pun dia dah pakai. Eii yekkss! Nama sebenar beliau Stefani Joanne Angelina Germanotta. Lahir pada 28 Mac 1986 di Yonkers, New York.

Waauu si seksi Megan Fox bintang filem Transfomers. Lahir pada 16 May 1986 di Tennessee.

Si Lindsay Lohan dengan pelbagai masalah sosialnya dari dulu sampai sekarang tak habis-habis. Lahir pada 2 Julai 1986 di New York.

Hehe..Lisa Surihani. Sila check shoutbox masing-masing. Kalau ada yang komen bernama Lisa Surihani tu, anda akan dibawa ke blog ini. Hehe. Beliau lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur. Minat betol dengan dia ni sebab cara percakapannya yang lancar, cantik asli pulak tu.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai. Lahir pada 14 November 1986 di Alor Setar Kedah.

Agnes Monica penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia. Lahir pada 1 Julai 1986 di Jakarta.

Ini Mieza Jhaa K atau nama sebenarnya Norhasmieza. Lahir pada 25 April 1986 di Jerteh, Besut Terengganu. Seorang blogger suam-suam kuku. haha

No comments: