Tuesday 3 September 2013

Oh Yumida.

Assalamualaikum.. Ok, lupakan soal minyak angin naik harga tu. Syukuri nikmat kesenangan yang kita miliki sekarang kalau nak dibandingkan 20 tahun dulu. Kalau tak puas hati pun, nak buat macam manakan? Semuanya dugaan dari Allah untuk menguji kita semua. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Hari ni nak review pemenang no18 Segmen Gempak Mieza Jhaa K iaitu blogger kelahiran Sarawak, Yumida. Siapa yang masih tak kenal Yumida ni? Haa inilah masanya untuk berkenalan dengan beliau. Seorang blogger yang muncul sejak tahun 2009 lagi dan setahu saya beliau banyak pengalaman dan ilmu dalam berblog. Bila dia komen blog seseorang memang terperinci, mantap dan saya amat mengaguminya.

Beliau juga seorang penggemar kucing. Saya tak tahulah berapa ekor kucing yang ada dalam rumah beliau, tapi kagum bila kucing pun dimandikan dan dijaga rapi.

Tengok! pandainya dia buat header. Memang cantik. Saya kalau bab macam ni memang tak reti langsung. Hanya mengharapkan ihsan sesiapa yang sudi buatkan header baru untuk blog saya ni. Sedih menengoknya..kikih

Saya lihat, Yumida memang gemar menyertai segmen dan paling mengagumkan bila rezekinya memang mencurah-curah melalui blog ni. Selalu je dapat hadiah dan duit. Lumayan tu.. Boleh bagi tips sket Yumida? Hehe

Ok lah semua, sudi-sudikan diri pergi melawat Yumida kita yang peramah ni. Jangan segan-segan..

No comments: