Sunday, 8 September 2013

Ramah Dalam Ramah Luar.

Assalamualaikum.. Selama kita berkenalan dalam dunia blogging ni, ada macam-macam jenis kawan muncul dalam hidup kita. Ada yang peramah, baik hati, suka bergurau, happy sokmo, dan macam-macam lagi. Tapi syukurlah sekarang ni belum ada hater lagi yang datang komen. Kalau ada, memang lemah semangat la kot. Sebab saya ni jenis penakut giler kalau ada orang jahat datang serang. Rela tutup blog..haha

Maafkanku..
Sebelum tu, saya nak mintak maaf banyak-banyak kalau saya tersilap komen yang membuatkan anda semua terasa hati. Memang tak pernah berniat nak buat macam tu pun. Sebab saya ni memang jenis happy dan tak suka sakitkan hati orang. Tidak sombong dan suka bergurau je tiap masa, serta suka menonjolkan perasaan sebenar. Kalau teruja, saya akan taip ''waaa...terujanya baca''.. hehe kepada sesiapa yang mengenali, pasti kenal sangatkan?

Lagi satu nak mintak maaf sebab lambat balas komen dan blogwalking. Ada yang tak sempat saya terjah langsung. Ramainya blogger yang baru tumbuh datang mengomen. Kadang-kadang sempat pergi ke blog kawan-kawan lama dan setia je. Kadang-kadang tu bila ada masa, cari link pulak tak jumpa. Parah! haha.

Samakah sikap mereka?
Kadang-kadang tertanya-tanya jugak, kamoo semua ni ramah dan senang didekati macam dalam blog ker? Sebab kalau pergi ke mana-mana saya teringin nak jumpa korang. Tapi biasanya saya tak kisah pun kalau korang tak nak jumpa. Hehe..


Blogger pertama yang pernah saya jumpa ialah Seneorita Baharin masa Mr.K ada kursus kat Penang hari tu. Dia memang ramah dan ceria, sama macam celotehnya dalam entry jugak. Tak sombong dan pendiam saja. Banyak cakap..sama naik dengan Kak Jhaanya yang memang pot pet pot pet..dan ketawa je kerjanya. InsyaAllah hujung tahun ni Mr.K ada kursus kat Johor pulak. Mama, jaga-jaga dan bersiap sedia. Hehe. Tapi bukan blogger perempuan saja tau, nanti bila dah sampai Selangor saya jumpa.. ehem ehem..sapa yee...sila mengku sekarang..hehe

Namun saya ada mengenali seorang blogger yang agak pendiam kat luar. Nampak sombong giler dan sememangnya dia begitu. Hahah. Tapi entrynya ceria je..ingatkan dia spesis macam saya jugak. Rupanya sebaliknya, langsung tak nak bercakap lagi-lagi pasal blog. Macam-macamkan?

Saya bagaimana pula?
Seperti yang saya dah bagitau tadi, bagaimana sikap saya dalam blog...begitu jugalah sikap saya kat luar. Banyak mulut, happy, teruja bila jumpa seseorang, suka bergurau dan peramah. Lagi-lagi kalau satu kepala suka ketawa.. habis la bergegar.

Tapi masa saya agak singkat dalam dunia blogging, saya memerlukan masa khas untuk blogwalking. Samada pagi atau malam. Hidup sendiri je, tapi sibuk macam ada anak 10. Haha..

#Jangan kata saya sombong. Nak senang bagi link blog tu. hihi..susahnya nak cari blog adik-adik manja kita.

Thanks for reading..

No comments: