Friday, 6 September 2013

Sedapnya roti dan kek dalam guni.

Assalamualaikum.. Semalam hajatnya nak makan roti perancis cicah kopi je sambil teman Mr.K makan nasi. Tapi tak ada rezeki, sebab roti tu dah ada tompokan kulat. Tamat tempoh pada 4hb9.. Mujur ada biskut, boleh jugak berdiet. Hehe
Bila hidu bau roti berkulat tu, terkenang zaman kecil dulu. Kemudian mula bercerita kat Mr.K pasal seguni roti dan kek yang ayah ambil kat kilang roti.

Suatu hari ayah membawa sesuatu dalam guni. Bila dibuka ada pelbagai kek dan roti kat dalam tu. Rupanya tadi ayah pergi ke kilang roti. Dapat la seguni kek dan roti yang dah habis tempoh untuk dijadikan makanan itik dan ayam.

Tapi belum sempat ayah bagi kat itik, anaknya dulu dah melahap kek kat dalam tu. Sedapnya tak terhingga.. ingat sampai sekarang kesedapan kek dalam guni tu. Baunya sama macam roti perancis berkulat tadi. Masa tu mak ayah tak pernah beli kek-kek sedap macam tu. Tahu makan nasi je.

4 hari saya duk melahap kek dalam guni tu sampai tahap kek tersebut tak boleh dimakan lagi. Sebab terlalu banyak kulat dan baunya dah busuk. Dari seguni kek, tinggal 1/4 jer!

Tapi kesedapan kek berkulat tu sangatlah sedap sehingga boleh ingat sampai sekarang. Mungkin itulah rasa dan perasaan kanak-kanak miskin yang disedekahkan makanan. Lazatnya tak terhingga sehingga boleh ingat sampai berpuluh tahun. Menghargai dan mensyukuri rezeki yang diberikan.

Thanks for reading.

posted from Bloggeroid

No comments: