Saturday, 28 September 2013

Susun atur Baru, Semangat Baru.

Assalamualaikum.. Akhirnya dapat jugak berehat seketika. Sekarang ni tengah mengubahsuai susun atur peralatan dan kabinet dapur. Dua biji dapur, basah dan kering, kedua-keduanya nak diubahsuai. Biasalah orang perempuan, dua tiga bulan sekali kena lakukan perubahan untuk kepuasan diri sendiri serta mengembalikan semangat memasak. Hari-hari, malah 3 per 4 dari masa seharian memerlukan saya berada di dapur. Memasak dan menyiapkan tempahan kek orang. Sebab tu cepat boring tengok keadaan dapur.

Anda bagaimana pula? Berapa kali setahun ubahsuai kedudukan dapur?

Gambar hiasan saja ni.. 

Mak mertua saya seminggu sekali ubahsuai kedudukan perabot dalam rumah. Bukan setakat dapur saja, habis seluruh rumah tu. Kalau seminggu tak pergi, boleh sesat cari benda tak jumpa. Mujur mangkuk tandas tak boleh nak alih dah. Cari gula pun tak jumpa kadang-kadang. Padahal dah 3 tahun sebati dengan rumah tu. Itulah kerja surirumah sepenuh masa yang menghabiskan masa hanya untuk keluarga. Saya pulak banyak sangat aktiviti. Kadang-kadang, mak mertu nak datang baru kelam kabut berkemas.

Sekarang ni masih lagi bersepah-sepah, penat dan mengantuk. Kena siapkan secepat mungkin sebab pukul 5 nanti nak pergi gym pulak. Banyak betol aktiviti harian superwife ni.

#Mr.K balik petang karang mesti tergamam tengok dapur dah berubah. Hehe,,

No comments: