Assalamualaikum.. Pagi tadi selepas selesai berurusan di dalam bank, saya bergegas keluar kerana ada banyak lagi urusan penting yang perlu dilakukan. Selepas melangkah keluar dari bank, saya kedengaran suara seorang budak perempuan datang dari sebelah kanan. "Kak, kuih kak.." Sekilas itu juga saya terpandang seorang budak perempuan sedang duduk di atas kerusi dengan memegang sebesen kuih-muih sambil melemparkan senyuman. Namun dengan spontan, saya hanya mengangkat tangan tanda tidak mahu beli kuih lalu bergegas pergi dengan hayunan kaki yang agak laju seakan berlari.
Sekarang, bila kerja semua sudah selesai, saya kembali terkenang budak tersebut. Pada tekaan saya, budak tu mungkin berumur dalam lingkungan 10 atau 11 tahun. Tiba-tiba saya rasa sedih, mungkin budak tu sangat miskin. Kalau tak, mana mungkin dia boleh duduk menjual kuih depan pintu bank. Menyesal kerana saya tidak terlintas untuk membantu dan singgah sekejap melihat kuih-muih yang ada. Mungkin ini ujian untuk saya, dan saya gagal. Adakah budak tu masih ada lepas ni?
Dulu waktu kecil, saya menolong mak menjaja sayur sekeliling kampung. "Terung..terung..ubi...ubi.." Masih ingat lagi sayur-sayuran di dalam raga basikal dan plastik-plastik sayur yang bergantungan di 'handle'. Kenapa sanggup menjual sayur? Kerana mak tak mampu nak bagi duit sekolah untuk esok. Tanpa segan, saya sanggup mengayuh basikal, menjaja sekeliling kampung.
Samalah juga dengan situasi budak perempuan tadi. Kadang-kadang saya terkilan dengan kekalutan urusan diri sendiri sehingga tidak sempat memandang ke bawah.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment