Dulu kehidupan saya 'bergelumang' dengan penduduk Thailand yang datang menoreh getah di Malaysia. Ada yang kekal di Malaysia hingga sekarang, menjadi warganegara Malaysia. Namun tak sedikit juga yang terpaksa balik semula ke Thailand sebab masalah keluarga dan sebagainya.
Di kampung saya semuanya dikelilingi kebun getah dan kebanyakannya milik sanak-saudara ayah yang sudah berhijrah ke Kelantan. Jadi kebun getah tersebut diserahkan kepada warga Thailand atau saya panggil 'Orang Barat' untuk menguruskannya. Mereka tinggal di pondok kecil atau dipanggil 'berek' yang telah disediakan oleh tuan tanah.
Semasa bersekolah rendah, kawan-kawan saya hanyalah anak-anak 'orang barat' yang kebanyakannya masih kecil dan tidak bersekolah. Maklumlah, duduk di kawasan terpencil. Patut la sekarang masih berjiwa kanak-kanak. Haha
Semasa berkawan dengan mereka, saya sempat belajar beberapa patah bahasa Thailand. Dan selebihnya hanyalah mendengar mereka bertutur loghat Kelantan, namun versi Thailand.
"Geno Djaa?" (Nak kemana Jaa?.. Sebutan Jaa seakan-akan Daa. Dah banyak kali perbetulkan, masih lagi macam tu.)
"Djaa nok g keda? Nok kireng.. " (Jaa nak pergi kedai? Nak kirim.)
Pitu nate.. (Tingkap/jendela)
Nok kelaik.. (Nak balik)
Perbualan panjangnya pula.. jangan terkejut ye..
"Tadi gi kedda tengok orre goccoh depey keda tu. Kejut embo..debouk debouk keno tumbouk. Aaii tok berani embo nok g dekak. Tengok jauh bullaih."
(Tadi pergi kedai tengok orang bertumbuk depan kedai. Terkejut saya, 'debok-debok' kena tumbuk. Aii tak berani saya nak pergi dekat. Tengok dari jauh boleh.)
Neng song sam si ha hop cet pet kau sip!
Apa tu?
No comments:
Post a Comment