Tuesday, 22 October 2013

Love You Mr.K


Assalamualaikum.. Kalau sekarang ni kecoh pasal Mr.Arrogant, saya pula setia dengan Mr.K, haha. Sebab Mr.K lebih istimewa dari Mr.Arrogant tu..kuakua. Sebab apa saya kata istimewa? Sebab dia tidak pernah marah-marah atau naik angin. Cool saja walau apa saja cubaan yang akan buat dia marah, termasuklah kenakalan isterinya ini.

Pernah terkunci beliau dalam tandas selama hampir sejam!

Entah macam mana saya terkunci Mr.K dari luar. Dah menjadi tabiat saya kunci pintu tandas dalam bilik agaknya. Terlupa yang Mr.K ada kat dalam. Kemudian saya keluar menghidangkan nasi untuk beliau dan tunggu saja macam biasa sambil menonton tv kat dapur. Setengah jam berlalu, saya pelik kenapa Mr.K masih belum keluar. Nasi pun dah sejuk. Tak siap lagi ke solat Maghrib?

Saya pun masuk jenguk, namun tiada siapa dalam bilik. Tiba-tiba kedengaran ketukan halus dalam bilik air. Alamak!!! Bila saya buka pintu, muka Mr.K dah merah padam. "Dah kenapa kunci pintu?" Tiada kata yang dapat kuucapkan atas kebengongan diri sendiri. Mr.K bergegas solat Mahgrib. Dah hampir pukul 8 pun. Kesian, tapi geli hati pun ada jugak.

Sebab apa geli hati? Sebab dia ketuk je pintu tu dengan slow. Sapa nak dengar? Memang saya tak pernah dengar Mr.K bersuara lantang, just slow and cool. Haha..Tapi rasa bersalah sangat, berpuluh-puluh kali mintak maaf. Tapi muka dia macam takder apa-apa. Cuma dia kata, "Lain kali buat lagi ye.."
Hahahaaha

Kereta dilanggar orang, dan orang taknak bayar.

Kalau bab kereta ni, memang banyak kali buat Mr.K bengang. Tapi beliau tak bengang jugak, tetap cool. Masa tu baru beli kereta tak sampai sebulan. Apa lagi, saya melaram la pergi jenjalan rumah kawan. Tengah syok borak-borak, seorang wanita telah mengundur keretanya dengan laju lalu terlanggar kereta saya. Habis remuk bahagian sisi belakang. Katanya nak cepat nak hadiri mesyuarat.

Adusshh! Teruk jugak. Lepas dibaikpulih selama 3 hari, habis RM600. Tapi wanita tu bayar RM100 je, kemudian diamkan diri sampai sekarang. Mr.K masih lagi tak kata apa, sedangkan saya teramat bengang. Dah la tak minta maaf, tak hubungi, tak bayar.. langsung tak rasa bersalah. Sabor je lah.

Tersondol tiang rumah. 

Lepas kejadian tu, beberapa bulan kemudian saya sondol pulak tiang rumah. Tercalar sket bahagian belakang. Lepas tu sondol sekali lagi. Habis pecah lampu side mirror. Wakakaka

2 kali seminggu isi minyak, HABIS!

Dalam seminggu, Mr.K pandu sekali dua je kereta tu. Tu pun sebab nak isi minyak. Saya yang banyak keluar pergi beli barang kek dan ulang alik ke gym. RM50 sekali isi, tak sampai seminggu saya guna. Pendek kata, 2 kali seminggu Mr.K kena isi. Tak pernah pulak dia suruh saya isi sendiri. Baru nak isi minyak, tengok-tengok dah penuh.

Pakaian tak terlipat.

Kadang-kadang bila terlalu sibuk, saya tak sempat nak lipat pakaian dalam bakul. Kadang-kadang Mr.K terpaksa menggeledah kain dalam bakul untuk mencari baju kesukaannya. Haha..teruk punya bini.

Kadang-kadang tak sempat masak, beli saja.

Dulu memang jarang beli makanan kat luar. Selalunya saya masak pagi dan malam. Tapi sekarang, semuanya membataskan. Pagi boleh lagi masak, tapi malam saya tak sempat. Beli sajalah makanan kesukaan Mr.K.

Sebulan lagi genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami. Terasa macam baru semalam saya jatuh cinta dengan Mr.k. Bersyukur sangat, kerana tak sangka dia kini berada di sisi saya walaupun dulu saya hampir melepaskan dia pergi. Namun kami masih belum dikurniakan zuriat. Mr.K berkata dengan cool, "belum ada rezeki lagi, sabarlah". Sejuk hati ni sebab dia tidak pernah buat saya stress.


Thanks for reading..

No comments: