Wednesday, 23 October 2013
Mr.K Excident!
Assalamualaikum.. Mengucap panjang bila tengok kereta Mr.K remuk teruk. Saya memandang matanya tanpa kata. Air mata ini hampir merembes keluar kerana dia masih ada di depan saya ketika itu. Syukur alhamdulillah, dia masih hidup masih bernyawa. Cuma ada luka sikit di dahi. Sejak itu, saya takut untuk kehilangan dia, dan minggu tu juga saya berhenti kerja untuk ikut Mr.K berpindah ke Kuala Berang.
Tiada gunanya saya bekerja jika Mr.K terpaksa berulang-alik dari Besut ke Kuala Berang yang memakan masa 1 jam setengah setiap hari, pagi dan petang. Masa tu kami baru berkahwin beberapa bulan. Bagi saya, nyawa Mr.K lebih penting dari kerja. Walaupun kematian sudah ditetapkan olehNya, tapi saya lebih tenang mengambil langkah untuk berhenti kerja dan berpindah. Akan ada rezeki lain yang Allah bagi nanti, insyaAllah.
Saya yakin pengorbanan ini adalah kehendak Allah, dan saya yakin Allah akan bukakan pintu rezeki lain yang lebih baik nanti.
Thanks for reading..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment