Monday, 21 October 2013

Ujian Menuju Kejayaan.

Sekadar hiasan. Google

Dalam perniagaan, pelbagai dugaan dan ragam pelanggan yang datang dalam hidup kita. Semuanya untuk menguji sejauh mana kita mampu berdiri kukuh. Ada yang mintak suruh hantar ke rumah yang memakan minyak kereta RM5 pergi dan balik. Harga kek RM10. Kemudian mintak lebihkan sepotong. Bermakna kos semua sekali RM10+RM5+RM2.50(kek lebih atas permintaan) = RM17.50.

Hati busuk berkata, "Dah la suruh hantar, mintak lebih pulak." Pengajaran dari itu, janganlah kita meminta-minta. Takut nanti orang memberi tanpa keikhlasan.

Kemudian hati ini insaf, dan berkata, "Mungkin ini ujian untuk menguji ketahananku terhadap kerenah pelanggan. Mungkin jika aku lulus ujian ni, ramai pelanggan suka dan perniagaan lebih berjaya. Ya Allah, ampuni aku." Lalu saya berjaya memberi dengan ikhlas seperti biasa. Semoga dia gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk kita. Kadang-kadang terfikir lagi, "Ikhlaskah aku dalam memberi?"

"Pejamkan mata, jangan berkira-kira atas apa yang kita beri" Hatiku terus berbisik. Namun saya masih berusaha untuk lebih ikhlas. Kerana saya manusia lemah, hati sentiasa berbolak-balik.

Pernah satu ketika, ada tempahan yang meminta kek bajet untuk hantaran. Dia hanya sediakan RM50 untuk 2 jenis kek, tapi dia mahukan kek coklat mousse yang berharga RM55 sebiji. Bermakna saya kena buat saiz kecik. Selepas berbincang, akhirnya dia bersetuju. Hari yang dijanjikan telah tiba, dan kek juga sudah siap. Tapi bila dia datang, dia sungguh terkejut sebab kek itu kecil dan macam tak berbaloi katanya. Mana cukup sebab anak saudaranya ramai. Saya terkedu..

Saya menjelaskan bahawa itulah saiz yang kita dah bincangkan, saiz 7 inci dan harganya memang sudah berpatutan. Tapi dia taknak kek tu, dia terlihat kek Marble Cheese saya kat dalam chiller yang berharga RM60. Akhirnya dia nak kek tu, tapi dengan harga yang sama sebab dia tak bawak duit tambahan. Ya Allah, separuh harga? Modal pun tak lepas. Dia merayu-rayu nakkan kek tu. Akhirnya saya bagi dengan perasaan hiba. Dalam hati sedaya upaya cuba ikhlaskan hati. Hampir bergenang air mata manjaku melihat kek Marble Cheese untuk jualan petang tersebut dibawa pergi.


Kek coklat tadi saya simpan balik dalam chiller. Petang tu jualan laris sangat. Ramai yang mengatakan kek coklat tu sedap giler macam secret secipe. Terubat hati yang sakit sejak pagi. Kemudian keesokannya kakak tadi bagitau bahawa kek Marble Cheese murah yang dia beli tu teramatlah sedap, Alhamdulillah. Dalam hati berkata, "Ye, memang kek tu sedap....dan teramat murah."

Bila difikirkan balik, itulah ujian menuju kejayaan. Jika kita tidak sabar, sampai kemana sangatlah perniagaan akan meningkat. Tanpa pelanggan, perniagaan akan kecundang. Semoga saya tabah menghadapi kerenah pelanggan demi sebuah kejayaan. Semoga hati ini lebih ikhlas dalam memberi. Semoga diri ini redha atas apa saja ketentuan.

No comments: