Namun, kesemuanya perlu ditapis. Bukan semua patut kita ceritakan kepada umum. Banyak yang perlu dirahsiakan walaupun ianya amat bagus untuk dijadikan ikhtibar. Selama 9 bulan berblog secara serius, baru 1 per 5 kisah benar yang saya kongsikan. Tu pun sudah ditapis-tapis banyak kali dan ditambah sedikit asam garam bagi mencantikkan jalan cerita. Hehe.. Bila ada idea yang bagus, baru saya bikin cerita. Hot punya!
Pengalaman jadi blogger, dulu dan sekarang.
Kalau dulu saya begitu teruja bila ada orang follow dan melihat followers bertambah, kini ia tidak penting lagi. Jealous betul tengok blog orang lain mempunyai beribu-ribu followers. Tapi saya fikir, tiada gunanya ada ramai followers jika entri entah apa-apa kemerapuannya. Langsung tiada kualiti dalam penulisan, tapi glemer je lebih. Ohh itu bukan prinsip saya dalam kehidupan. Nak menyerlah kena ada bakat yang terserlah. Ewaahh!
Bagaimana pula dengan jumlah pengomen yang semakin bertambah tu? Hehe..haruslah saya bersyukur dan berterima kasih kepada anda semua yang sudi datang komen. Dulu entri saya hanya menjadi bacaan 'silent readers' sahaja walaupun entri tu amatlah berkesan dihati. Sekarang dah ramai pengujung-pengujung tetap yang datang meninggalkan komen di setiap entri. Itulah pentingnya blogwalking, jangan sombong dan bangga diri. Ada masa saya akan selongkar entri kalian semua.
Kadang-kadang saya suka baca entri saya sendiri. Macam syok sendiri pulakkan? Best pulak baca ayat-ayat yang saya olah. Rasa macam, "Ehh..aku ke yang tulis ni?" Haha. Namun ada juga entri dulu-dulu yang memalukan bila baca balik. Cepat-cepat padam atau edit, padahal dah beratus orang yang baca. Hmm.. macam-macam kalau dah menulis tanpa menggunakan pemikiran yang matang. Tak fikir dulu ianya berkualiti atau tak asalkan dapat update setiap hari.
Berblog untuk dapatkan duit sampingan?
Haha..rasa lucu pulak bila diingatkan balik. Dulu memang teringin sangat nak dapatkan duit sampingan dengan cara berblogging. Lagi-lagi bila baca tentang pengalaman orang lain yang sanggup berhenti kerja dan tumpukan kepada blog semata-mata. Apapun mereka ada cara mereka sendiri. Nak dapatkan semua tu kena belajar dan berusaha.
Sekarang saya langsung dah tak berminat fikir pasal duit samada nuffnang ke apa. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak dapat apa-apa, langsung tak kisah. Yang penting hobiku ialah menulis dan berkongsi cerita. Yang penting orang suka baca entri kita. Terpulang kepada minat dan kesungguhan masing-masing. Kalau bab duit, saya tumpukan pada perniagaan sahaja.
Pageview makin meningkat.
Alhamdulillah, kalau dulu susah betol nak dapat 500 pageviews setiap hari. Mungkin dulu tak banyak entri lagi dan masih sedikit entri yang mendapat ranking tertinggi dalam enjin carian. Sekarang, kesibukan membataskan saya untuk update setiap masa yang telah ditetapkan untuk mengekalkan Alexa. Tetapi syukur alhamdulillah, pageview masih tidak susut walaupun semalam terlupa nak update. Namun terpaksa telan air liur yang Alexa dah lari jauh berganda. Adusshh!
Apapun bersyukur apa adanya.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment