Akibat tidak sempat blogwalking juga, rupa-rupanya ada daripada mereka yang mengenali diri ini. Malah ada hubungan kekeluargaan lagi. Biasalahkan, dalam kesibukan dan kekalutan membaca serta membalas komen-komen, tak perasan pula rupa pemilik blog tersebut. Adduuss..macam-macam kau ni MieJhaa!
Sebenarnya Dia Ibu Saudaraku.
Siapakah dia? Balik dari gym semalam dapat mesej dari seseorang kat FB, "Salam mieza..dunia ni sangat kecil. Suami awak tu anak sedara suami akak.hihuhu. Suami akak kirim salam kt mat k."
Mr.K tu anak saudara suami 'akak'?? Jadi 'akak' adalah maksaudara kami juga. Huahuahua...
'Akak' yang dimaksudkan ialah blogger di bawah ini,
Kenal tak?? Pemilik blog SUARA HATI,, http://ijamawar.blogspot.com
Beliau adalah isteri kepada Tengku Hamzah iaitu bapa saudara Mr.K sebelah abah. Sejak kawin selama 3 tahun dengan Mr.K, rasanya dalam 2 kali berjumpa. Tu pun jumpa time berkumpul ramai-ramai di rumah Tokki sebelah abah dan kami tak sempat bersua muka. Jadi tidak mustahillah kenapa saya tak perasan yang ibu saudara saya selalu bertandang ke blog poyoozz ni. Hahaha
Apapun, lepas ni tak boleh panggil akak dah. Nak panggil Auntie Ija lah..ok tak?
Auntie Ija, kiriman salam dah disampaikan. Mr.K kirim salam balik, Assalamualaikum. :))
~Blog Mengeratkan Silaturrahim~
No comments:
Post a Comment