Tuesday, 8 October 2013

Terkilan Dengan Sikap Sendiri.

Assalamualaikum.. Petang baru boleh update blog. Sibuk sungguh Si Miejhaa kamoo ni. Ada yang rindu ke? Hehe.. Sejak buat kek slice kat rumah ni memang setiap masa dikunjungi tetamu. Tak cukup tangan nak melayan kadang-kadang.
Lebih-lebih lagi ketika sedang buat kek. Terpaksa la tetamu layan diri sendiri. Hhaha..kesian betol. Tapi saya biasanya tak lokek untuk ajak tetamu masuk dapur, dapat la mereka tengok cara saya buat kek. Tiada rahsia-rahsianya pun. Semuanya terpulang kepada rezeki masing-masing sebanyak mana yang Allah kurniakan. Terima seadanya dan jangan kedekut untuk berkongsi ilmu.

Dalam kesibukan melayan pelanggan, ada pelbagai kerenah mereka yang buat kita rasa tak puas hati. Lebih-lebih lagi pelanggan yang suka tawar menawar. Ye lah kan, kita dah bagi murah. Malah lebih murah dari kedai lain. Tapi saya tak kisah pun jika mereka pelanggan tetap.

Ada sorang makcik, tiap-tiap hari datang ke rumah nak beli kek. Tapi tiap kali datang nak kek percuma. Mula-mula ok lagi. Lama-lama tercetus dalam hati, "Eeii..hari-hari nak lebih..nak murah. Rugi la macam ni!" Lupa yang rezeki tu dari Allah belaka.

Hati ini terus terlalai sehinggalah suatu hari ada ramai pelanggan yang datang ke rumah. Ramai pula facebooker kawasan Dungun yang like page saya. Rupa-rupanya makcik tu la yang promote kat kawan-kawannya dengan mengatakan kek saya sedap dan murah. Setiap hari makin ramai pelanggan yang datang dari hebahan makcik tu.

Terbit rasa menyesal kerana pernah beranggapan buruk. Rasa diri ini begitu tamak dan busuk hati. Sedangkan rezeki semuanya Allah yang tentukan. Apa salahnya bersedekah dan memberi dengan ikhlas. Ya Allah, ampunilah dosaku.

#Mujur sempat mintak maaf dengan makcik tu. Terpinga-pinga sekejap, apekehel budak ni mintak maaf pulak? Sesaja makcik kalau-kalau ada terkedekut..heheheh

No comments: