Thursday, 17 October 2013

Tips Cepat Dapat Kerja Untuk Lepasan Graduan

Assalamualaikum.. Suatu hari sedang saya berehat di ruang tamu rumah, saya mendapat panggilan dari seorang wanita supaya datang temuduga kerja di sebuah syarikat kontraktor kelas A pada petang hari yang sama. Apa? Terkejut sangat-sangat, sebab tak bersedia pun lagi. Malah, pakaian dalam beg pun masih belum tersimpan. Maklumlah, baru 3 hari balik rumah lepas habis 'final exam'.

Dengan dada berdebar-debar saya masuk ke bilik seorang ketua kanan syarikat ditemani seorang kerani wanita. Wajah Haji Zukulfeli masa tu amat menggerunkan. Sambil membelek-belek resume dan fail yang saya bawa, beliau bertanya, "Bila awak boleh start kerja?" Errkkk terkejut lagi sebab beliau tak tanya apa-apa tentang diri saya. Nampaknya syarikat ni memang betol-betol memerlukan pekerja. Saya jawab, "Bila-bila masa encik." Sambil tersenyum manis dengan harapan dapat menambat hati Haji Zukulfeli, hehe. Masa tu wajah beliau dah tak kelihatan garang, namun serius orangnya.

"Ok, Ahad ni awak dah boleh datang kerja. Dalam tempoh seminggu awak bekerja dalam pejabat ni untuk belajar selok-belok kerja yang akan dilakukan. Kemudian awak akan dihantar ke tapak binaan di bla bla bla..." Haji Zukulfeli menjelaskan dengan panjang lebar. Oohh bekerja kat tapak binaan rupanya. Masa tu fikiran jadi blur, sebab tak pernah pergi ke tapak binaan dan tak tahu keadaan kat sana.

Apapun, syukur alhamdulillah sebab doa saya termakbul iaitu taknak menganggur. Sebelum final exam lagi saya dah risau, sebab ramai sangat graduan yang menganggur bertahun-tahun lamanya. Lagi-lagi bila ramai mengatakan bidang perakaunan ni susah nak dapat kerja.

Tips Cepat Dapat Kerja Untuk Lepasan Graduan



1. Sebelum final exam lagi saya dah edarkan resume kepada semua syarikat swasta dimana saudara-mara saya bekerja masa tu. Manalah tahukan, kot-kot syarikat tu memang memerlukan pekerja.

2. Tak kisah dah grad ke belum, yang penting result kita sebelum-sebelum ni memang dah bagus dan kita aktif dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Segala sijil-sijil menjadi bukti untuk mereka memberikan penilaian.

3. Jangan terlalu memilih kerjaya, minta apa sahaja kekosongan yang ada samada untuk lepasan SPM atau graduan. Walaupun gaji tak setaraf, tapi pengalaman tu amat berguna untuk mendapatkan kerja yang lebih bagus kelak.

4. Paling penting, selalulah berdoa semoga dilimpahkan rezeki dan cepat dapat kerja. Semoga pendapatan halal yang kita terima setiap bulan, dapat membalas balik jasa ibu-bapa.

Alhamdulillah, dengan gaji RM1000 saya kekal dalam syarikat kontraktor tersebut selama 4 tahun. Memang nampak kecil, tapi kalau kita bersyukur semuanya mencukupi. Setiap tahun pasti ada bonus dan banyak lagi elaun-elaun dari syarikat setiap bulan. Dengan staf dan bos yang baik serta mengambil berat, saya setia kepada syarikat dan menjadi pekerja kesayangan. Malah keputusan saya untuk berhenti kerja selepas kawin, memang memeningkan kepada bos. Mana nak dapatkan pekerja yang dah tahu selok-belok syarikat macam saya? Apapun, saya perlu berhenti demi suami tercinta.


Thanks for reading..

No comments: