Pakaian sekolah semua di'renovate' jadi singkat paras paha, manakala kain pula dilabuhkan meleret hingga menyapu habuk-habuk dan taik lembu. Paling lucu, telekung yang teramat singkat hingga menampakkan leher. Dah ler baju warna putih, habis nampak sampai ke dalam. Terbeliak mata cikgu disiplin setiap kali buat 'spotcheck'.
Nasib baik masa tu belum ada facebook lagi. Kalau tak macam-macam gambar tak senonoh ada. Camera360 pun belum wujud lagi masa tu. Tapi kebanyakan pelajar perempuan semuanya berkulit putih kemerahan. Bila tengok tangan, 5 kali ganda lebih hitam dari muka. Kenapa jadi macam tu? Masa tu glamour betol produk kecantikan yang boleh mencerahkan wajah dengan kaedah penggelupasan. Masa proses menggelupas tu memang menyeksakan saya tengok. Macam ular nak bersalin kulit, merekah-rekah dan kulit jadi nipis macam kulit bawang. Ada urat-urat merah muncul di wajah, menandakan kulit dah teramat nipis dan tak boleh terdedah dengan sinaran matahari. Sungguh merbahaya.
Kalau kes pelajar perempuan bertumbuk memang tak terkira banyaknya. Kalau boleh hari-hari nak bertumbuk, berebut lelaki la gamaknya. Siap tarik-tarik tudung, jatuh lintang pukang dalam longkang. Kasarnya!
Masuk tingkatan 3 saya berpindah ke sekolah bandar. Pakaian budak perempuan yang pelik-pelik dan cara berjalan berjengket dah tiada. Semuanya normal dan baik-baik. Ramai pulak pelajar pintar kat sekolah tu. Cuma.. apa yang lebih mengejutkan ialah, ramai pulak pondan-pondan atau maknyah yang berlenggang-lenggok lebih teruk dari pelajar sekolah lama. Alaaahai apa kena dengan budak-budak lelaki ni? Terliuk-lintuk dan berjalan dalam kumpulan yang semuanya pondan sambil tangan menari-nari. Saya melihat mereka dengan muka yang pelik sebab tak pernah tengok lagi orang macam tu.
Oleh kerana ramai pelajar baik-baik dan bijak yang menjadi saingan menyebabkan saya belajar bersungguh-sungguh dan turut berubah jadi lebih baik dalam banyak perkara. Syukur alhamdulillah.
Apa pandangan anda tentang sekolah luar bandar dan sekolah bandar? Mana lebih sosial?
No comments:
Post a Comment