Friday, 29 November 2013

Dia lebih mulia dari kita..

Assalamualaikum.. nak cerita kisah semalam yang masih lagi membelenggu emosi sehingga ke hari ini. Semalam keadaan agak kalut dengan pelbagai aktiviti dan tempahan. Bukan sekadar kalut dirumah, tapi kesana- kemari menghantar kek seluruh pelosok Dungun.

Semalam ketika kereta saya berhenti di traffic light, saya terpandang seorang budak lelaki sindromdown sedang duduk mencarik-carik sehelai daun di tepi jalan. Budak tu tidak berbaju, hanya memakai seluar dan keadaannya agak tidak terurus. Nampak di wajah budak tu macam blur dan tak tahu hala tuju.


Serta-merta perasaan pilu dan sebak tu datang. Ya Allah, anak sapa la ni.. kenapa dibiarkan bermain sorang-sorang tepi jalan? Kalau dia melintas dengan mendadak macam mana? Kat kawasan traffic light yang luas macam tu memang merbahaya jika melintas.

Adakah budak tu ada akal fikiran untuk berfikir? Setahu saya budak sindromdown kebanyakannya terencat akal. Laju je air mata ni menitis, kabur habis pandangan. Mana ibu bapa dia.. kenapa dibiarkan macam tu?

Jangan pandang hina kepadanya, kerana dia lebih mulia dari kita. Semoga Allah melindunginya.

Sedih sangat dengan berita kehilangan budak sindromdown ni tahun lepas. Mujur dah selamat dijumpai.

1 comment:

Junk Removal Kissimmee said...

Thanks for this bblog post