Monday, 2 December 2013

Dah lari dari matlamat..

Assalamualaikum.. Dulu mula-mula berblog kemain lagi nak glemer macam blog Fatin Liyana tu.. setiap kali buka blog dia mesti beratus orang sedang online. Dahsyat! Mana dia dapat kuasa untuk menarik pengunjung sebegitu ramai dalam suatu masa?

Tapi hari tu alhamdulillah blog ni dah semakin maju berbanding awal-awal dulu. Bagi saya ok la tu. Kawan-kawan setia pun dah ramai, siap ingat lagi nama sorang-sorang dan tahu identiti mereka sedikit sebanyak. Tu pun dah membahagiakan.

Namun sekarang..hmm.. update blog pun dah tak menentu macam dulu. Kadang-kadang 2,3 hari baru nampak muka. Dulu setiap pagi wajib ada entri  baru dan kemudian menjengah pula blog rakan-rakan yang lain. Tapi sekarang semua tu bagaikan dah semakin malap.

Tapi keinginan berblog tu masih ada. Cuma matlamatnya sudah lari.. maknanya berblog sekadar untuk sesaja jeee... Yang pasti, saya rindu kamooo semua..


TAPI.....jangan ingat saya akan bersara ok! Walaupun matlamat dah kabur, namun semangat masih hidup ye..hihihi

RINDU KAMU SEMUA..!

No comments: