Sunday, 3 November 2013

Kisah Lelaki-Lelaki Yang Kecewa (Episod 1)

Assalamualaikum.. Kisah ini diceritakan balik oleh wanita yang menyebabkan lelaki-lelaki tersebut kecewa. Ia adalah kisah benar yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

Kisah Lelaki 1


9 tahun yang lalu, mataku tidak berkelip memandang seorang budak perempuan yang bagiku sangat manis, ceria dan comel. Secara kebetulan aku mengikut kawan rapatku, Azhar untuk bertemu adik perempuannya di tempat dia belajar. Katanya nak hantar makanan yang mak dia kirim untuk adiknya tu. Tak sangka, dia mempunyai adik secomel itu. Tak pernah pulak aku ternampak sebelum ni kat kampung.

Tiba-tiba aku jatuh cinta pandang pertama kat adik kawan aku sendiri. Entah macam mana, suatu hari aku dapat nombor telefon adiknya tu. Tapi yang tak syoknya, dia panggil aku 'kawan abang yang hitam'?. Aku cakap ni Zul la, kawan abang Azhar. Dia jawab, "Ooo..kawan Abang Ha yang hitam tu ek?" Aduuhhss memanglah aku hitam, tapi hatiku merah dengan kuntuman cinta.

Setiap kali mesejku terbalas, hatiku berbunga-bunga walaupun dia anggap aku ni macam abang dia je. Setiap masalahnya sedaya upaya akanku selesaikan. Maka kerap kali jugaklah aku ikut Azhar pergi jumpa adiknya tu. Tak jemu memandang wajahnya yang comel dan sentiasa manis dengan senyuman.

Tapi aku kecewa bila mendapat tahu yang dia sudah ada kekasih hati. Tapi aku tetap mengambil berat dan berlagak macam abangnya. Suatu hari dia mengadu perihal kekasih hatinya yang suka mengongkong dan berbohong. Ahh! Inilah masanya untuk aku jadi duri dalam daging. Akhirnya hubungan mereka berjaya ku retakkan. Mereka hampir putus dan aku mengambil peluang ini untuk meluahkan isi hati. Namun hatiku pula yang hancur berkecai bila cintanya langsung tiada untuk diriku.

Ahh! Siapalah aku ni..hanya seorang budak kampung yang bekerja dikedai komputer, hitam berkilat macam Negro.. Namun, akanku abadikan kau dalam hatiku..gadis comel pujaan hatiku.


Kisah Lelaki 2 akan bersambung.....


~ Dia kata saya comel..ahak ahak..apapun sekarang dia dah kawin. Dah ada anak pun. Semoga dia berbahagia dengan orang yang serasi dengannya. Maafkanku kerana tidak menerima cintamu.. bukan kerana rupa, tapi biarlah kita hanya sekadar kawan.

No comments: