Sunday, 3 November 2013

Jom Membeli Eyewear Di Glasses Online.

Assalamualaikum.. Saya dan Mr.K memang tak boleh berenggang dengan cermin mata hitam setiap kali pergi kemana-mana atau ketika memandu. Bagi saya cermin mata hitam ni bukan setakat memberi efek cun je, tapi mengurangkan kerutan di wajah akibat silau, panas dan sebagainya. Saya suka wajah yang sentiasa cool walaupun dalam keadaan cuaca yang membahang. Sebab? Melambatkan proses kedutan dan penuaan! Hahah..yang tu memang pantang.

Setia dengan cermin mata hitam Bonia yang sudah berusia hampir 4 tahun. Berharga RM300 tolak diskaun 20%..

Mr.K pula, selepas rayban zaman dinousor dia patah, maka dia setia dengan rayban yang saya hadiahkan masa kawin dulu. Hampir seluruh Kota Bharu pusing-pusing cari rayban yang dia suka. Nak jugak jenis besi cangkut kat telinga tu..


Nampak macam susah je nak pakai.. memang susah pun. Tapi orang laki ni kadang-kadang ada citarasa tersendiri.

Kini dengan adanya kemudahan internet dan jual beli secara online, memang agak memudahkan serta menjimatkan kos. Tak perlu habiskan minyak kereta dari Dungun ke Kuantan gara-gara nak beli eyewear impian. Sekarang ni zaman serba serbi menggunakan duit. Banyak kos sampingan yang perlu dileburkan setiap kali keluar mendapatkan sesuatu. Belian secara online juga berbaloi bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Tidak perlu lagi menunggu hujung minggu atau mengambil cuti semata-mata untuk keluar membeli-belah. Jom saya perkenalkan tempat yang sesuai untuk membeli eyewear secara online iaitu di Glassesonline.com.


Di Glassess Online, anda boleh dapatkan pelbagai jenis eyewear dengan penghantaran percuma, free 30 days return, lowest price guarantee, dan.. setentunya 100% jenama original.

Disini anda boleh memilih pelbagai jenis SUNGLASS, GLASSES, dan CONTACT LENSE dengan harga potongan dari 17% hingga 42%. Berbaloi bukan?

Malah di laman Glassess Online, proses memilih juga lebih senang dengan adanya kategori seperti di atas. Boleh pilih bentuk macam mana yang sesuai dan brand yang dikehendaki. Lebih mudah dan cepat. Hanya daftar, dan pilih mana yang berkenan dihati.


Ehh berkenan pulak yang ni.. memang cun melecun.. kalaulah ada sesiapa nak hadiahkan..hehe

Jom membeli eyewear secara online di sini


No comments: