Tuesday 31 December 2013

Entry pasal kek? Nampaknya kena tukar niche blog.

Assalamualaikum.. Memang separuh dari masa saya dirumah ialah bikin kek untuk dijual, kek hari jadi, kek tempahan majlis kawin dan sebagainya. Namun, kalau tulis pasal kek memang saya belum bersedia. Pengalaman dah ada, tapi masih baru. Mungkin saya boleh kongsi pengalaman sebagai orang baru dalam dunia perniagaan kek. 

Blog saya sebijik lagi pun terbengkalai macam tu je. Blog khas untuk kek sebenarnya. Tapi tak sempat nak update. Blog Mieza Jhaa K ni lebih kepada pengalaman hidup saya dulu dan kini. Apa jenis 'niche' pun saya tak tahu.

Jadi ia tidak pernah berkait dengan makanan, resepi, mahupun kek. Kalau nak mula menulis pasal kek guaner weh? Kena buat label kek sahaja, atau terus tumpukan pada entri kek? Atau campur-campur? Kot nanti jadi ABC (air batu cendol) pulak..

No comments: