Assalamualaikum.. Semalam keadaan agak mencemaskan bila air meningkat dengan tiba-tiba. Biasanya tak pernah naik kalau setakat hujan semalaman. Tapi dengan cuaca tak menentu sekarang, apa saja boleh berlaku.
Awal pagi lagi hujan turun mencurah-curah. Mr.k bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kemudian dapat panggilan dari abah mertua mengatakan jalan sudah ditenggelami air kat Bukit Bauk. Beberaoa minit kemudian air depan rumah pulak naik dengan mengejut.
Masa tu terbayang air paras kepala. Mana nak lari dalam masa yang singkat? Kelam kabut 1 taman.
Tak lama kemudian datang segerombolan ahli bomba bersama lori-lori dan bot besar. Makin buat kami panik ada la kot. Ni kenapa pulak ada bot besar ni? Dungun dah nak tenggelam ker?
Syukur Alhamdulillah air mengalir dengan laju dan surut dengan cepat tak sampai dua jam. Legaaa.. baru nak test kepakaran berenang. Hehe
*gambar upload kemudian.. internet slow sangat-sangat-sangat..
No comments:
Post a Comment