Friday, 27 December 2013
Yang Cantik Selalunya Bertuah.
Assalamualaikum.. Memang lumrah hidup di dunia ni, kecantikan mudah menawan hati sesiapa sahaja. Yang cantik lebih diutamakan, lebih disanjung. Dulu zaman IPT, nak jadi AJK Kelab Koperasi pun kena cantik. Kalau wajah tak menawan, tak usah hadiri temuduga. Memang tak terpilih punyalah. Nak jadi pengacara majlis pun pilih muka lawa dan tubuh yang cantik. Habis yang muka tak cantik macam mana pula? Sampai sekarang tak kawin lagi.. sebab tiada lelaki yang nak.
Tidak mengapa, itu dugaan yang kecil kalau nak dibandingkan dengan orang yang cantik bertubuh ramping dan seksi dimata lelaki. Mereka yang cantik, jangan terlalu bermegah dan rasa bangga. Kerana dosa pastinya sekeliling pinggang. Pasti ada rasa riak sebab menjadi pilihan dan tumpuan ramai. Pasti menimbulkan rasa ghairah lelaki kerana tubuh yang cantik. Pasti bercinta dan terjatuh ke lembah maksiat. Kecuali mereka yang menutupi kegala kecantikannya dan menjauhi maksiat.
Jadi beruntunglah kalau kita tidak secantik Neelofa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment