Tuesday 21 January 2014

Happy Birthday Abah Mak Mr.K

Assalamualaikum... Semalam kami sekeluarga keluar makan bersama sempena hari jadi Abah, Mak dan Mr.k. Mereka bertiga lahir bulan Januari. Mak 5hb, Abah 25hb dan Mr.K 25hb. Unikkan tarikh lahir mereka. 5 + 20 = 25. Hehe

Mak dapat beg Gucci, Abah dapat belt. Cuma Mr.K belum tiba masanya lagi. Tunggu ye darling.. hadiah dah tempah siap-siap. Apakah? Nantikan..

Semalam tengah belek-belek rambut Mr.K, terjumpa 3 urat uban. "Eh..kiri kanan dah ada uban..tua dah. Laa..patut la.. dah nak masuk 29 tahun rupanya." Hehe

3 hari sebelumnya.. Mr.K tengah belek-belek majalah eRing dan matanya nampak teruja melihat Sony Xperia Z1. Kesian Mr.K, pakai handphone murah yang dah masuk 4 tahun. Setia betol. Saya tersenyum sendiri....


Posted via Blogaway

1 comment:

Nawazz said...

Hi This is SRK i'm suggesting you this is app Last Shelter Mod Apk