Assalamualaikum.. Bersambung cerita Nurul untuk episod kedua. Wahh teruja bebenor nampaknya si Miejhaa sampai ada 2 entri untuk pekerja. Ye, memang teruja sebab ringan sikit beban kerja. Malah ringan banyak walaupun rezeki mencurah-curah sejak kehadiran Nurul Shuhada. Macam rezeki itu mengekor dari belakang Nurul. Tempahan hampir 3 kali ganda dari biasa. Alhamdulillah.
Kenapa saya memerlukan pekerja seperti Nurul?
Sebab pakaiannya memang menepati piawaian, malah lebih dari yang saya inginkan. Amat tertutup orangnya. Bukan tertutup pemikiran ok.
Paling buat saya terpegun, setiap sentuhannya dimulai dengan bismilllah dan solatnya diawal waktu.
Tahap kebersihannya tak dapat disangkal lagi.. malah tak perlu dinasihati bab kebersihan.
Kerjanya cekap dan tidak sesekali mencuri tulang. Dari pagi hingga petang tanpa kerenah dan ragam. Buat saja sampai selesai walaupun kepenatan.
Itulah pekerja yang saya cari. Memang penat bekerja membuat kek ni..dan saya sanggup bayar dengan gaji tinggi kerana beliau berhak menerimanya. Oleh kerana tempahan yang semakin tinggi, saya mampu bayar lebih.
Saya sebagai majikan bagaimana pula? Harap sentiasa mengambil berat soal pekerja. Kadang-kadang kesian tengok Nurul. Dari pagi sampai petang tanpa rehat. Harap Nurul boleh kekal lama bekerja dengan saya sebelum dapat tawaran ke universiti.
No comments:
Post a Comment