Bila sebut soal bertudung menyebabkan kulit kepala berpeluh, bagi saya itu hanya tipuan semata-mata. Free hair pun berpeluh jugak kalau dah panas. Saja je kan diorang ni buat spekulasi murahan. Ada lagi kata pemakaian tudung menyebabkan rambut berbau hapak dan berbuah. Adoii..dah rambut lembab, mesti la hapak. Keringkanlah dulu.. alasan!
Sebut pasal rambut hapak ni, saya ada terbaca pasal cara membersihkan rambut pakai Soda Bicarbonat.. Biar benar kau ni MieJhaa! Meh nak citer selanjutnya. Teruskan membaca.
Biasa kat rumah kita ada syampu apa? Pantene, sunsilk, super lebat d'herb dan macam-macam la kan yang harganya kita bajet dalam RM20 ke bawah. Ada yang kaya sket pakai la syampu harga RM120 sebotol. Bajet macam Nora Danish gitu. kita orang-orang biasa ni beli kat watson je yang ada potongan 20%. Bila beli syampu kan, inilah perkara2 yang kita buat mengikut urutan.
1. Tengok botol yang paling menarik. Botol yang tak pernah kita lihat. Makin cantik warna botol tu, makin cepat kita pegang.
2. Kita baca kegunaan syampu tu. Untuk rambut gugurkah? Untuk kilatkan rambut kah? Atau untuk kegunaan harian kah?
3. Kita buka penutup botol syampu, cium bau dia. Kalau wangi..kita angguk kepala, senyum tanda setuju.
4. Kita tengok harga. Kalau ada diskaun 20%, harga pun bawah RM20, terus masuk dalam troli.Kalau mahal..kita letak balik.
Ada tak yang tengok bahan-bahan yang digunakan untuk membuat syampu ni? Kot tertulis.."terdapat DNA babi dalam syampu ini"... Mungkin sampai syampu tu habis pakai belum tentu kita nampak caption tu kan..hehe.
Tahukah anda..
Syampu bertindak seperti pembersih. Namun begitu, syampu bukan setakat membersihkan kotoran pada kulit kepala atau helaian rambut kita, malah ia juga menghilangkan lembapan minyak yang penting untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Perasan tak, semakin lama kita semakin banyak bergantung pada syampu.
Macam-macam jenama dicuba. Tapi tak pernah setia. Ada je kekurangannya. Ada juga syampu yang kita guna seperti amat serasi dengan rambut kita. Rambut menjadi lembut dan terurus.Tetapi, sedarkah yang kita makin kerap bersyampu kerana rambut seperti cepat berminyak?
Syampu seperti ini mengandungi minyak mineral, yang menjadikan rambut kita lebih bersinar. Untuk pengetahuan readers, minyak mineral ini dihasilkan dari hasil sampingan minyak mentah (crude oil).Minyak ini tidak dapat diserap oleh kulit kepala, malah menutupinya. Semakin banyak minyak ini berkumpul, semakin berminyaklah rambut kita, hari demi hari.
Di sini saya nak berkongsi petua untuk mengurangkan penggunaan syampu tetapi masih dapat memastikan rambut dan kulit kepala tetap segar walaupun bertudung.
BAKING SODA atau SODA BICARBONAT
Bahan ini saya guna setiap hari dalam pembuatan kek. Malah bahan ini juga adalah yang terbaik untuk membersihkan rambut dan kulit kepala kita.Harganya tidak mahal berbanding syampu di pasaran.Dan yang pastinya ia tidak merosakkan rambut atau kulit kepala akibat pengumpulan bahan kimia sesudah bersyampu. Jangan ada yang terkejut pulak ok. Ini perkara bonar! Dah la mudah, jimat duit pulak.. sapa taknak kan?
Cara nak mencuci kepala dengan menggunakan soda bicarbonat (SB).
Bergantung kepada berapa panjang, tebal, banyak, nipisnya rambut kita. Kalau rambut paras bahu, guna satu sudu besar SB, dicampur dengan satu jag air suam. Basahkan rambut dan kulit kepala dulu.Lepas tu, curahkan bancuhan tadi sedikit demi sedikit biar mengenai semua bahagian kulit kepala.Urut perlahan-perlahan sambil sental kulit kepala seadanya selama 15minit. Bila dah selesai, bilas. Yang menariknya selepas mencuci rambut dengan Soda Bikarbonat ni, kulit kepala dan rambut bersih dan bebas minyak atau bau lebih dari 3 hari tau! Kalau pakai syampu yang dicampur pewangi tu, lepas syampu memang la semerbak harum.Tapi sehari lepas tu baunya..wekkk!
Sebab tu SB ni terbaik, tidak berbau atau meninggalkan bau.Dan yang teramat best bagi saya...kurang rambut gugur! Kalau tak..sekali syampu...bagai daun-daun berguguran...bersepah. Kalau dikira berapa helai yg gugur, nak menangis je rasanya. Tak percaya, acu, cuba, try, test!
Jadi lepas ni boleh la guna balik botol syampu yang dah kosong. Isi dengan soda bicarbonat serta air.
Pada yang tidak bertudung juga boleh mencuba SB sebagai ganti syampu, cuma kurangkan sukatannya kerana SB mungkin melunturkan sedikit warna rambut apabila rambut terdedah pada matahari. Pada mereka yang baru mewarnakan rambut dan ingin mengekalkan pewarna rambut anda, tidak digalakkan menggunakan SB ini kerana fungsinya membersihkan sisa kotoran kimia pada rambut, termasuk pewarna rambut anda.
*Nota Tambahan: Pada permulaannya, rambut anda mungkin tidak kelihatan seperti yang diharapkan. Mungkin terlalu berminyak, terlalu kusut, kelemumur kering dan sebagainya kerana rambut dan kulit kepala adalah dalam proses penyesuaian. Setelah 2-4 minggu dengan rutin mencuci rambut menggunakan sodium bikarbonat, anda akan dapati rambut menjadi lembut, cantik dan lebat. Dan pada ketika ini, anda mungkin tidak akan teruja lagi membeli syampu atau menggunakan syampu kerana sayangkan rambut anda yang sihat itu.
Thanks for reading this entry. :)
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment