Tuesday, 28 January 2014

Makin tua makin bergetah? Perasan cun!

Assalamualaikum

Tahun ni umur dah nak mencecah 28 tahun. Dulu masa umur belasan tahun saya memandang seseorang yang berumur 28 sebagai tua dan matang. Sekarang saya pulak merasa.. tapi masih lagi TAK rasa tua. Dan saya tak patut jadi tua. Hehee.. biarlah umur saja yang tua. Haha

Walaupun saya suka berkawan dengan orang yang lebih tua..malah teramat tua berbanding saya, namun diri ini tetap tak tua-tua jugak. Makin rasa muda adalah kot. Orang tengok macam manja je.. macam cute je.. macam anak kawan saya tu pulak. Hek! Perasan cun tu harus ada jugak kadang-kadang untuk hiburkan hati. ;)

Namun jangan pula masih berlagak macam anak dara. Jalan bergelek-gelek, pakaian ranggi semacam, percakapan macam budak-budak. Haruslah seiring dengan umur. Paling penting ilmu didada juga haruslah bertambah.. bukan setakat ilmu duniawi, paling utama ilmu akhirat.

Nasihat ini disampaikan untuk diri sendiri dan kawan-Kawan yang membaca entri ini. ;-)

Thanks for reading this entry.


Posted via Blogaway

1 comment:

Sandwich Recipes said...

I enjoyed reading thiss