Assalamualaikum. . Malu rasanya nak berkongsi perihal cara mendeko kek. Maklumlah, masih lagi diperingkat 'baby' yang dalam percubaan untuk merangkak. Makin dipelajari terasa makin banyak kesilapan dengan teknik 'syok sendiri' yang dilakukan. Tetapi syukurlah saya belajar dari kesilapan dan berusaha untuk mendalami ilmu. Walaupun makin dicari, makin luas dan makin banyak yang belum diketahui.
Ku ingatkan dunia kek ni 'kecil'.. kacang saja. Orang yang belum tahu apa-apa pun mampu buat kek. Memang.. tetapi dengan cara 'syok sendiri'. Tidak mengapa, melangkahlah dalam kesilapan sebelum menemui jalan kebenaran. Ehh dah macam 'papa zola' pulak.
Ramai pulak yang mengagumi kek bentuk LOVE yang nampak elegant tempoh hari. Siap suruh berkongsi tip dekorasi lagi.. siapa lagi kalau bukan BM. Hehe
Kek tu bukan sekadar special di hati customer, tetapi dihati saya jugak. Sebab Mr.K yang mencantikkan kek tu. Bukan main susah nak curahkan cairan steambuttercream ke atas kek tu. Memerlukan masa beberapa saat sahaja sebelum ianya mengeras. Silap langkah atau terlambat boleh mengakibatkan kek tidak licin dan terpaksa dikikis balik.
Fuh! Berpeluh-peluh dan berdebar-debar untuk siapkan sebiji kek. Nasib baik saya tiada penyakit darah tinggi atau jantung.
Dan response dari pakar-pakar dalam bidang kek amat mengejutkan. Mereka sangka ia adalah kek fondant. Wow! Suatu penghargaan dan pujian nampaknya tu. Sebenarnya ia adalah kek steambuttercream. Buttercream yang dicairkan dengan cara steam, lalu dicuahkan ke atas kek dengan pantas dan diketuk-ketuk perlahan agar ianya turun dengan rata menyaluti kek. Maka terhasillah kek bentuk LOVE berwarna merah hati ni.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment