Friday, 14 February 2014

Antara 2 pelanggan.

Assalamualaikum..

Semalam tengah syok melayan facebook depan tv dengan keadaan badan yang kurang sihat.. selesema.. tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Customer la tu, datang beli kek malam-malam. Dah biasa macam tu sejak berniaga kek ni. Rumah dah jadi macam kedai, orang datang tak kira masa.

Ohh kakak yang tinggal di taman yang sama..pembeli tetap. Tapi tak ingat nama..kuikui.


Datang nak beli kek terbaru saya Melty Hershey dengan chocolate mousse. Sejak diwar-warkan beberapa hari lepas, tak putus-putus orang datang beli. Sedap kata mereka. Dan kakak tu kali pertama nak mencuba.

Dia mengeluarkan duit RM12. "Erm..RM5 je lah kak. Jadi semuanya RM10."
Pelanggan tetap patut diberi potongan.

"Ehh..ye ke ni? Terima kasih." Dia tersenyum mesra. Sangat baik orangnya.

Sebelum pergi sempat dia berkata, "Halalkan segala yang akak beli, takut ada terkurang bayar."

Saya terkejut.. "Ehh..takder kak. Tak pernah terkurang apa-apa. Terima kasih kak."

Terkedu..sambil memandang pemergian kakak tu. Bukan sekadar tak pernah mintak kurang, tapi bila saya taknak ambik duit baki pun kadang-kadang dia menolak. Nak bayar jugak. Katanya RM2 tu besar bagi seorang peniaga. Sanggup dia balik rumah dan datang balik dengan duit baki RM2.

Teringat pula kepada seorang lagi customer tetap.. mula-mula berniaga lagi dia buat hati saya tak ikhlas dalam memberi. Malah setiap kali dia datang membeli kek. Namun, saya tiada daya untuk menjelaskan hal tersebut.

Hati ini masih perlu diperbaiki..banyak!


Melty Hershey dan Choc Mousse berharga RM6 setiap 1. Dia minta kurang macam biasa. Ok, dia pelanggan tetap jadi bagi RM10 untuk 2bekas kek tu. Tapi dia nak beli RM8 untuk 2 bekas. "Ok lah kak, RM8." Hati masih lagi ikhlas sebab dia pembeli tetap.

Namun bila dia bagi duit RM10, saya tiada baki RM2. Hanya ada RM5. Dia terus berkata, "Bagi RM5 je lah untuk 2 bekas ni.. anak-anak akak nak makan." Saya teragak-agak.. tapi terus bagi baki RM5 tu dengan senyuman.. tetapi hati.. tiada lagi keihklasan yang betol-betol suci murni macam tadi. Ya Allah..hanya kerana beberapa ringgit, cepatnya hati ini berubah. Sedangkan keuntungan walau tiada disitu.. namun ada di tempat lain.

Jumlah kek yang berharga RM12, dibeli dengan harga RM5. Memang tiada untung disitu.. cuma dapat harga modal. Ok la dari tak bayar langsung. Walaupun jumlah tu agak kecil, tapi pemberian jadi tidak ikhlas.

Hati ini perlu diperbaiki...

posted from Bloggeroid

No comments: