Page KAMI BENCI HANEZ Suraya pun ada jugak. Malah lebih ramai yang like berbanding page Hanez Suraya sendiri.
Bukan sekadar fb beliau kena serang, tetapi post tentang beliau di facebook pihak lain juga ada beratus-ratus kutukan. Boleh dikatakan beribu-ribu orang dah mendoakan keburukan untuknya. Ya Allah, saya kena serang kat seorang manusia haritu pun dah menangis sehari suntuk. Tu pun disebabkan benda yang tak disengajakan. Bagaimana kalau beribu-ribu orang, boleh tido kah??
Jadi kita.. (ala-ala ustazah) janganlah sesekali melakukan sesuatu yang sudah diketahui salah dan boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. Kecuali perkara tersebut tidak disengajakan dan diperbesarkan atau direka cerita oleh orang lain. Yang tu hanya Allah saja yang boleh menilainya. Sabar je lh.
Tapi kalau dah buktinya ada.. berpeluk dengan suami orang yang belum sah jadi suami dengan pemakaian yang menjolok mata pulak.. adoyaiii.. jawablah apapun kat media, orang taknak terima dah. Baik diamkan diri saja atau hilangkan diri seketika. Mungkin ini dugaan terbesar bagi Hanez Suraya. Inilah masanya untuk dekat kepadaNya, memohon ampun dan berubah.
Semoga beliau terbuka hati untuk berubah.
Sokong kata-kata Rebecca Nur Al-Islam ni..terbaekk
No comments:
Post a Comment