Thursday, 10 July 2014

Kena penyakit misteri..

Assalamualaikum.

Haii tak boleh jadi dengan kehidupan saya ni.. macam ada benda tak lepas je dalam fikiran. Asyik teringat ingat.. Rupanya blog tak update.

Tu lah..time free malas pulak. Time ada idea buat derk saja. Sabor je lah.

Ok. Mula-mula nak cakap pasal kehidupan saya sekarang ni. Di bulan puasa yang mulia ni, badan rasa ringan sket. Harap boleh turunkan lagi 3kg sebelum Raya menjelang. Tembam semacam dah rasanya.

Sebenarnya 3 minggu lepas saya tidak berapa sihat. Perut rasa ngilu dan ada tanda-tanda macam orang pregnant. Paling teruk ada pendarahan selang 2 hari dalam masa 2 minggu. Penyakit apa tak tahu la kan. Pergi check kat klinik, doktor kata implantation bleeding. Wahh bersinar mataku...dah lekat kot ni. Tapi darah masih tak berhenti dengan keadaan saya yang sakit belakang, sakit kepala, lenguh badan, letih dan ngilu di bahagian pusat.

Tak boleh dibiarkan ni..

Pergi hospital pulak. Lepas scan dan test air kencing, nampaknya saya tak pregnant. Doktor pun tak tahu penyakit apa. Sudah! Misteri ni.. ada kanser? Semoga dijauhi semua tu..

Dah risau sangat ni, saya pergi jumpa Ustaz Husin kat Marang yang juga pakar dalam ilmu perubatan. Sekali dia pegang ibu jari tangan (berlapik), dah tahu penyakit apa. "Cyst..!!" Terpacul perkataan tu dari mulut Ustaz Husin. Bukan Cisss! Tapi Cyst!


Cyst.. ketumbuhan dalam ovari. Bila pecah, memang perut akan rasa sedikit ngilu disertai dengan keluar darah. Alhamdulillah, Ustaz Husin kata tak bahaya. Diberinya sedikit ubat akar kayu untuk seminggu dan disuruh makan daun belalai gajah. Alhamdulillah keesokkannya darah berhenti, sakit juga hilang. Legaa.. ingatkan nak mati dah. Siap tinggal pesan kat Mr.k, kalau saya mati tinggal dengan mak lah. Nanti siapa nak masak dan uruskan pakaian. Ayoyoyyoyo

Hari ni masuk hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulillah, dah rasa sihat macam biasa. Baru diuji sikit kan, masa tu la baru teringatkan kematian. Ya Allah ampunilah hambaMu ini..

1 comment:

Unknown said...

Ni ustaz husin kt masjid marang tu ke?