Friday 15 August 2014

Cikgu, saya nak balik bekas dan beg ni..


Beberapa hari selepas raya hari tu sepupu saya didatangi 2 orang pelajar lelaki lalu memberikan sebuah beg berisi biskut raya dan sepucuk surat. Sampai di rumah beliau membuka surat tersebut.. "Cikgu, saya dengan Haikal nak bekas dan beg ni balik ye cikgu.. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin."

Memang melucukan budak-budak sekolah rendah ni.

Keesokannya sepupu saya memulangkan semula bekas dan beg tersebut sambil mengucapkan terima kasih. Rupa-rupanya bekas dan beg tersebut akan digunakan semula untuk bagi hadiah biskut raya kat cikgu lain pula. Terharunya..

No comments: