Tuesday, 5 August 2014

Baru nak beraya..

Assalamualaikum semua.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua blogger dan pembaca blog ini. Harap ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau tersalah komen. Hihihi..

Malangnya tahun ni saya beraya dengan tidak tenang gara-gara terambil tempahan pelanggan yang maha banyak. Hmm redha je lah Mr.K menunggu isterinya siapkan kek orang, baru boleh balik beraya. Raya ke-3 dah kena hadap kek balik. Tu pun terkejar-kejar menghadiri kenduri kawin sanak saudara.

Hmm.. tahun depan serik dah nak ambil tempahan kek kawin untuk raya ke-4..  Raya ke-6 pun masih lagi nak beraya kan. Sebenarnya bukan susah pun buat kek, tetapi bila tempahan tu selepas raya maklum sajalah, kedai bahan kek pun tutup.. lori pun tak jalan.. maka stok habis. Itu habis ini habis.. nak buat kek macam mana kan? Jadi kena listkan betol-betol dan beli awal-awal.

Dan sekarang saya baru nak beraya dengan rakan-rakan blogger sekalian. Jom kita bersalam-salaman.. Haa..Jumaat ni saya buat rumah terbuka tau.. sesiapa ada kat kat Dungun ni dijemput hadir. Kek tu confirm ada..boleh makan banyak-banyak... hehe..

Jom layan beberapa keping gambar raya saya bersama keluarga.






Tahun ni tema hijau dan merah ye.. hehe

No comments: