Tuesday, 9 September 2014

Sungguh banyak nikmat yang Allah beri..

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni saya berfikir betapa bahagianya saya walaupun orang tengok dengan pandangan kasihan dan simpati. Saya rasa dah cukup kenikmatan hidup yang Allah kurniakan berbanding dulu.. dengan perniagaan yang semakin maju, suami yang baik, penyayang dan memberikan sokongan, ibu bapa mertua yang baik, kehidupan yang bahagia, jiran-jiran yang baik, malah dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Syukur Alhmdulillah.

Minggu lepas mak mertua menyampaikan berita yang saya akan dapat anak saudara dan mak mertua akan jadi nenek. Sungguh gembira riak wajahnya. Saya juga tumpang bahagia kerana mak dah ada cucu. Biar adik dulu bagi cucu kat mak..insyaAllah saya pula menyusul nanti.. bila tu? tak pasti.. tapi insyaAllah ada.

Mak kata seakan memujuk, "InsyaAllah nanti dapat berita baik dari Jaa pulak."

Tapi jika difikirkan, tidak perlu untuk berasa kecewa dan cemburu kerana saya sudah memiliki segalanya yang diinginkan. Cuma satu itu sahaja yang Allah belum kuniakan. Mungkin menunggu waktu yang betul-betul sesuai. Jangan tamak untuk memiliki semua.. bersabar dan terima segala kelebihan dan kekurangan. Bersyukur apa adanya.

Cuma kadang-kadang jiwa tersakiti dengan perangai manusia yang seolah menunjuk-nunjuk dan bangga. "Hai takder lagi ke? Tengok saya ni dah masuk 3 orang.." Saya senyum.. tak tahu nak kata apa. Rasa macam dia berkata, "Hai.. pakai kereta ni je? Tengok saya dah pakai Lamborghini.."

ERkkkk..

Dengan keadaan yang semakin sibuk sekarang, saya tidak terdesak untuk memiliki anak. Jika ada Alhamdulillah, jika lambat pun saya tidak bersedih. Setiap hari, tumpuan hanya pada kerja. Tetapi setiap kali lepas solat, tidak pernah lupa untuk berdoa. Semoga saya memiliki zuriat untuk mendoakan saya kelak.



No comments: