Friday, 12 September 2014

Pastikan mereka gembira.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..


Ketika saya menulis entry ni, cahaya matahari memancar melalui tingkap. Jika diperhatikan betul-betul dalam gambar ni.., ada seseoraang sedang terbaring dalam selimut di satu sudut. Mr.K la tu.. demam pulak sejak semalam. 

Semalam sedang kalut-kalut buat kek yang bertimbun bersama 2 orang pekerja, saya meluangkan masa untuk membalas komen di facebook dan mesej-mesej yang bertimbun di wechat serta whatsapp. Salah satu yang menarik perhatian saya.. pasal kek indulgence yang dia order hari tu tidak menepati selera katanya. Tak sama macam kek kat Secret Recipe. 

Saya tarik nafas dalam-dalam, relax.. dan mula bertanya rupa kek tersebut. Kalau Kek indulgence biasanya 3 or 4 layer tengok pada saiz kecil atau besar. Tetapi dia kata hanya 2 layer. Ohh jadi saya syak mungkin sudah tertukar kek dengan orang lain. Memang tak pernah berlaku, tapi manalah tahukan akibat terlalu kalut dengan tempahan yang banyak, saya tertukar dengan kek lain dan bukannya kek indulgence. Saya segera meminta maaf. 

Jadi penyelesaiannya.. saya redakan rasa kecewa customer tersebut dengan menggantikan kek indulgence lain. Dia gembira dan kes pun selesai. 

Saya amat menjaga perasaan customer demi untuk masa depan Kek Cinta Dungun. Seorang customer bagaikan semua customer kini dan akan datang. Kalau boleh tidak mahu ada komen buruk tentang saya dan Kek Cinta Dungun yang saya cintai. Jangan berkeras dan bertegang urat. Salah ke tak salah itu belakang kira.

Untuk maju dan berjaya berpanjangan, jaga servis jaga kualiti. 

Bukan mudah untuk buat customer happy dengan hasil kerja kita. Perlu buat apa yang mareka mahu, perlu laksanakan impian mereka, perlu puaskan tekak mereka juga. 

No comments: