Tuesday 5 June 2012

AWET MUDA

Assalamualaikum..


Ee apa la comel sangat dia ni. Geram nak cubit pipi.

25hb April 2012.. Sebulan yang lalu genaplah umur aku 26 tahun..ish ish.. sungguhku tidak mempercayainya.. Rasa singkat je zaman remaja.. Masih banyak yang belum diterokai..  Masih banyak impian yang belum tercapai.. tapi sekarang aku tengah berusaha menggapainya..

Huh! 26tahun hidup didunia.. bermakna 4tahun lagi aku... 30tahun. TIDAAAKKKK..!! Aku tak nak jadi tua.. harap-harap aku tak nampak tua pun lagi.. Dulu aku nak masa cepat-cepat berlalu sebab nak hidup bebas tanpa tekanan.. sekarang nak perlahankan masa pulak sebab takut jadi tua.. Hmm..nampaknya aku adalah antara manusia-manusia yang tidak menghargai nikmat dan bersyukur.. Oh tidak!..

Sebenarnya aku tak kisah pun dengan umur.. yang penting aku pandai jaga diri agar tak cepat nampak tua dan sentiasa awet muda.. Sesuai sangat la dengan perwatakan aku yang keanak-anakan dan manja.. barulah suami bangga dan sentiasa tak puas memandang.. segala-segalanya adalah untuk suami daaaa...

Jaga Kesihatan

Mula-mula kena jaga kesihatan dulu.. kalau tubuh sentiasa sakit dan tidak bermaya, makin cepat la nampak tua.. muka pun berkerut jer tahan sakit.. keceriaan dan ilai tawa pasti hilang. senyuman pun semakin hambar. suami pun susah hati.. diri sendiri lagi la susah hatikan. Tapi Alhamdulillah, tahun ni aku tak demam pun lagi. Cuma sekarang ni menderita sakit tulang belakang.. macam orang tua pulak. Mungkin sebab cara tidur yang salah dan keadaan tempat tidur yang tidak sesuai. Lebih-lebih lagi  aku tidak cukup air.. minum air sikit jer sedangkan cuaca amat panas sekarang.. Kalau lama-kelamaan masih berterusan macam ni, aku mungkin terkena penyakit yang lebih serius. Jaga-jaga!

Penjagaan Wajah

And then.. jeng..jeng..jeng.. yang ni memang penting nih. Kecantikan luaran kita memang wajib diutamakan.. macam mana nak nampak cantik dan awet muda kalau muka berkerutu dengan jerawat.. liang roma pulak terbuka.. kulit muka kesat sekali.. bawah mata pun lebam macam kena tumbuk jer.. dengan warna kulit yang tak sekata. Bab muka ni kena sentiasa rajin.. kalau malas memang nampak kesan malasnya.. sebulan tak scrub pun muka dah nampak kasar.. liang roma makin jelas terbuka.. jerawat pun mula la menyusup keluar.

Hati-hati Memilih Produk!!!

Sekarang tengah tercari-cari produk yang sesuai dan berkesan.. Haruskah aku ambik suntikan vitamin C? Orang kata cepat berkesan.. tapi kadang-kadang rasa takut juga kalau melibatkan produk kimia ni.. Kurang percaya dengan kehalalan dan kesan sampingan yang tak terduga.. manalah tahu kan.. tiba-tiba muka jadi bengkak-bengkak, merah menyala, menggelupas.. Oi! Takutnya.. Sebelum jadi apa-apa baik aku hati-hati pilih produk.. Kalau melibatkan vitamin C yang halal pulak, tentu sekalilah roselle HPA.. halal dan tidak membawa kesan sampingan.. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, berkesan ke ekk? Apa kata kalau aku mencuba.. tak la mahal sangat..selamat dan  berbaloi pulak tu sebab roselle ada banyak fungsi untuk badan. Harap-harap mampu membawa perubahan yang memberangsangkan! Yeah!

Fesyen

Ha.. ni sama penting la juga dengan penjagaan wajah yee..  FESYEN.. hehe.. teruknya kalau pakaian berserabai macam orang tua lama.. Adoii.. kusutlah jadinya.. kalau  umur 26tahun, tentu orang kata umur 36tahunkan? Kecuali la muka memang awek muda dan jelita bak pelakon Korea.. pakai apa pun sesuai maaa... Kena pandai la pilih pakaian beb.. kombinasi warna yang sepadan.. serta kesesuaian dengan bentuk badan.. Kalau pandai bermain dengan warna-warna menyerlah, lagi nampak cun. Buat masa sekarang, pakaian aku masih lagi up to date.. ranggi dan keremajaan... tapi sopan yerp!

Bentuk Badan

Hehe.. yang ni sensitive sikit bagi sesetengah orang.. Sebab bagi aku orang yang paling cepat nampak tua ialah orang GEMUK.. oh! Tidak.. aku tak pernah terfikir untuk jadi gemuk dan montel.. sungguh tidak lawa.. pakai apa pun tak sesuai.. pakaian lama habis jadi ketat.. malang-malang.. jangan sesekali jadi gemuk yerr.. susah nak kurus balik.. tapi masalahnya aku sedang berisi sekarang.. berat badan tak turun sebab tak diet.. 50kg.. muka pun jadi tembam.. paha makin membesar sebab banyak rehat.. seluar pun habis jadi ketat.. kalau paha dah membesar, memang tak lawa la pakai seluar.. kena cari baju labuh-labuh sebab nak tutup kelemahan.. baju pun harus berwarna lebih gelap dan bercorak kecil-kecil..

Tapi masalahnya, tu semua menutup kelemahan pada pandangan orang lain sahaja.. suami kat rumah macam mana pula.. kalau lemak berketul-ketul, perut menggeleber dan berlipat macam orang tua.. tak ke malu.. sepatutnya pandangan suamilah yang seharusnya diutamakan.. pastikan tiada kelemahan dalaman dan luaran.. bukan setakat muka jer kena cantik.


Tq 4 reading this entry!

6 comments:

krole said...

nice tips wak...sal umur ni walo camna pun kte kena terima..cam krole dah masuk...hahah! rahasia...tp serius wak..gmbar google plus wak tu terkini kew? kalo terkini pergh! tak nmpk cam 26 pong?

krole said...

eh???lpe lak..sal pemilihan produk tu krole stuju sgt kena berhati2..sbab skngni kat pasaran banyak jenama tiruan yg tak ada aprove dr GOV~so kena hati2

Akupenghibur.com said...

wahh tips berguna... kena jaga diri dan betul2 buat pilihan produk kalau tidak ..terima effectnya

Unknown said...

Lorh...rahsia la pulak..memang awek muda dia tu..Ahh pedulikan dia.jeles i..haha

Unknown said...

Benar amat. THANKS

Unknown said...

Ye..nanti boleh la nmpak macam Aznil Nawawi tu..hihi