Thursday 14 March 2013

Tips Sebumbung Dengan Mertua

Assalamualaikum..

Tidak dapat dinafikan majoriti menantu tidak suka tinggal dengan keluarga mertua.  Kalau ada pun sikit sangat, tu pun sebab terpaksa nak jaga hati suami atau isteri atau tiada rumah untuk disewa dan banyak lagi sebab lain.


Macam situasi saya sekarang tiada rumah untuk disewa. Jadi kami ambil keputusan tinggal dengan mertua sahaja. But, dalam kes saya ni bukan terpaksa tapi suka. Haha! Sebab saya ni jenis cepat membiasakan diri dengan keadaan semasa. Masuk kandang kambing mengembeekkk, masuk reban ayam berkokok laa. 

Malah keputusan untuk tinggal dengan keluarga mertua juga nampaknya menjadi kerisauan ramai! Kenapa ekk.. adakah keluarga mertua tidak boleh dianggap keluarga sendiri? Atau mereka semua tidak serasi dengan jiwa? Entah lah.. yang pasti saya tak rasa yang semua tu membebankan.. tak percaya?

Ikutilah tips ni kalau-kalau ada yang boleh diambik pakai untuk uolls :-

Cuba Biasakan Diri

Buat macam rumah sendiri, jangan rasa janggal pulak. Dan anggaplah ibu dan ayah mertua serta adik-beradik ipar macam keluarga sendiri. Memang pada awalnya kita rasa tidak selesa. Lagi2 kalau kita perempuan, dan ada pulak adik/abang ipar yang hampir sebaya atau lebih tua. Tak best juga nak berbebas sangat. Tapi anggap lah mereka adik-beradik kita sendiri, buat biasa2 saja. CUMA, jagalah adab sopan dan pemakaian anda ye serta BATAS-BATAS nyeee.

Bergaul Mesra

Bila ahli keluarga mertua sedang berkumpul dan berborak, ikut serta la. Jangan terperap saja dalam bilik macam budak tak matang. Amat memalukan bila orang yang dah berkahwin berkelakuan macam remaja psiko, memberontak tak habis-habis. Cuba dengar, menyampuk dan mengikut rentak mereka. Lama-kelamaan rasa janggal akan jadi ganjil bagi kita dan mereka juga. 

Jadilah Isteri Yang Rajin dan Bertanggungjawab

Kalau anda tinggal berdua sahaja dirumah sendiri, apa tanggungjawab anda sebagai isteri? Semestinya lah kita kena masak untuk makan pagi, tengahhari dan malam. Kena cuci pakaian, kemas rumah, jemur kain angkat kain lipat kain. Samalah juga kalau tinggal dengan mertua. Cuma kalau kita jenis pemalas, cuba jangan menyusahkan mertua pulak. Jangan ada niat untuk menyusahkan mertua ye, sepatutnya kita yang ringankan beban mereka.

Bantulah ibu mertua didapur, terutama semasa menyediakan sarapan. Jangan bangun pukul 9 pagi pulak, pastu lahap apa yang ada. Walaupun waktu cuti, cuba maintain waktu bangun pagi anda. Kecuali la kalau kita TERRlewat bangun sekali sekala, tak sihat dan sebaginya. Tak der gunanya tido banyak dan bermalas-malasan atas alasan nak rehat la macam-macam. Seorang isteri mithli bukan begitu sifatnya. Hahaha..

Dan kalau nampak penat sangat sampai tak boleh nak jadi isteri yang baik, tunggu apa lagi.. berhenti kerja je.. tengok saya ni haa.. rasa tenang sesangat sekarang. Dosa berkurang, pahala bertambah. Serabut hilang, ketenangan melimpah.. suami pun makin sayang. 

Jangan kedekut sangat

Duk dengan keluarga mertua tak boleh wat kedekut-kedekut tau. Lagi-lagi kalau ada adik-adik ipar yang masih kecil, suka merengek nak tu nak ni. Masa tu pandai2 la kita berbelanja. Yang penting ikhlas ye. Jangan berhabis banyak-banyak pastu berkira pulak. Tak guna punya menantu!

Sekali sekala belikan ibu dan ayah mertua hadiah, terutamanya pada hari raya dan hari kelahiran mereka. Adik-iadik ipar pun sama juga. Tak pun beli kek, raikan ramai-ramai dengan meriahnya. Bahagia sesangat. Sekali lagi diingatkan, hati kena la ikhlas. Kalau takder duit buat cara takder duit la. Kalau ada duit pun pandai-pandai la berjimat. Maintaaiinnn jeee..

Satu lagi yang penting sekali ialah keperluan dapur, sabun cuci

12 comments:

nini said...

at first saya rasa saya boleh masuk dengan sesiapa sahaja..ehem....tp lepas dengar cerita kawan2, orang2....takut plak nak dok umah mak mertua....erk...lom mak mertua lagi..bakal..insyaAllah...=D

Unknown said...

Jangan fikir takut dik.. Fikir macam mana nak menarik hati mereka trhadap kita.. jadilah diri sendiri dan berubahlah ke arah yg lebih baik..sesungguhnya kita boleh fikir mana baik mana buruk..

Akupenghibur.com said...

tip berguna nie ... aaahhh lepas ni ramai2 duk umah mak mertua :)

Unknown said...

Tp kena pilih2 mertua jgk...ada mertua yang xsuka anak menantu duk sekali ngn dia..hihi

Akupenghibur.com said...

betul jgk ekk ... ishhh lame lagi nak fikir pasal kawin nie ..jauh lagi perjalanan :)

Unknown said...

semoga jadi menantu yang terbaik kelak..

cik Anggur said...

bakal menhadapi siatusi nie....adui risau ~

Unknown said...

Mula2 mmg la risaukn.. sbb xkenal sepenuhnya lg...namun percayalah, jika kita jaga tingkahlaku dan hati..semuanya akn baik2 sj..

Unknown said...

assalamualaikum sis..tip nie sgt berguna..sy pun isau juga bab akan duduk umah mertua..tp risau juga sebab kak ipar dh pernah bg taw yang pak mertua xsuka duk sekali..itu yang buat sy risau..ye la..nk mnyewa blm da rumah g..hmm...

Unknown said...

Waalaikummussalam. . insyaAllah jangan fikir negative. Lain orang lain rupa. .jika kita berjaya kawal nafsu dan berjaya raih hati mereka, insyaAllah kitalah menantu terbaik.. bykkan membantu ringankan kerja2 mereka walaupun hal yg kecil. Rajin2 sediakan kopi utk pak mertua.. hehe

Unknown said...

Waalaikummussalam. . insyaAllah jangan fikir negative. Lain orang lain rupa. .jika kita berjaya kawal nafsu dan berjaya raih hati mereka, insyaAllah kitalah menantu terbaik.. bykkan membantu ringankan kerja2 mereka walaupun hal yg kecil. Rajin2 sediakan kopi utk pak mertua.. hehe

Anonymous said...

Yg smua tu xd mslh kak.. mslhnya skrg sy tggal dgn mertua n adk ipar skli.. ttp diorg suka crboh msuk blik sy dan suami ikot suka ati jer.. bygkanlh kalau sy tgah bkembam k.. tgh bmeara ngan suami k.. prnh skli tu sy duk bpluk ngan suami.. adk ipar msuk blk kitaorg.. suami sy tolak mcm tu j sy.. bila sy bgtw suami sy.. dia wat xendh.. klau hal lain.. sy xksah sgt pn..