Sunday, 22 July 2012

Salam Ramadhan!


Assalamualaikum semua..

Selamat menyambut bulan puasa untuk muslimin dan muslimat di seluruh duniaa. Hari ni masuk 2 hari dah umat Islam berpuasa. Puasa tahun ni amat beerti bagi saya. Nak tahu kenapa?? Sebab saya ada suami tercinta disisi..haha..macam la orang lain tak der suami kan.

Sebenarnya puasa tahun ni berbeza dari sebelum2 ni.. jika tahun lepas kami berpuasa dirumah sewa kami kat Besut, namun tahun ni saya dan suami berpuasa dirumah mertua saya kat Dungun pulak. Memang best sebab ramai. Berbuka pun ramai2. Rasa lapar dan dahaga juga tak la teruk sangat bila ramai ni. Seperti masa sekejap je berlalu. Eh! Dah nak berbuka laa..

Puasa kat rumah mertua ni senang nak berdiet tau. I like! Memang nak turunkan berat badan banyak sket puasa kali ni. Khas untuk penampilan istimewa raya nanti. Haha.. Sebabnya kat sini berbuka tanpa nasi. Semua dah terbiasa macam tu. Masa sahur je makan nasi..berbuka pula dengan bihun sup, mee sup dan pelbagai lagi makanan berkuah yang lain. Kiranya bukan makanan berat laa.. hmm. tunggu keputusannya 3minggu dari sekarang yee.. Harap2 ada gud news untuk dikongsi bersama!

Untuk kawan2 perempuan, mesti ada yang tak boleh berpuasa lagi kan? Haa..kita kan special..sabar2. waktunya akan tiba jua. Jangan tak kira pulak berapa hari tinggal puasa tu. Wajib digantikan balik tau!

Untuk kawan2 lelaki pulak, memang tak der alasan untuk tidak berpuasa dan pergi solat terawih ye.. jangan banyak alasan pulak. Ni lah masanya kita beribadat lebih sket dari biasa. Penat dan rasa ngantuk hanyalah mainan perasaan.

Ok u olls.. SELAMAT BERPUASA..SELAMAT BERSAHUR and SELAMAT BERBUKA PUASA dari Mieza Jhaa K!

Sekian, Wassalam.

No comments: