Assalamualaikum..
Hari Raya pun dah habis, puasa ganti pun dah.. puasa 6? Hehe
Maka fikiran pun mula la nak balas dendam atas keterlaparan sebelum-sebelum ni. nak gomol apa yang menjadi kegemaran yang terpaksa ditahan pada bulan puasa. Mengimbau balik hari-hari sedang berpuasa.. bila petang menjelma, masa tu bateri dah betol-betol low.. fikiran mula la terbayang berbagai-bagai makanan best-best.. nak makan tu nak makan ni.. tapi bila tiba masa berbuka, sebiji kuih dengan segelas air pun dah kenyang. Tu tak mau ikut perasaan tu!
Maka alkisahnya disini, baru-baru ni aku pergi la pasar malam dengan 2 orang adik ipar. Niat dihati 1 je, nak makan kebab!
Sesampainya kami disana, mak oi! Penuh dengan manusia.. sesak tak nampak makanan.. nampak bontot orang je.. nak tgk makanan terpaksa intai kat celah-celah ketiak orang. Haiyaa!
Nampaknya bukan aku sorang la yang mengidam selepas bulan puasa. Majoritinya berfikiran serupa!
Tengah jalan-jalan, kami tiba depan gerai ayam goreng. Baunya terus menusuk masuk ke dalam lubang hidung adik bongsu yang memang tak lepas lagi dengan ayam. Pergi pasar malam je wajib nak makan ayam goreng. Aku pun suka sebenarnya, hehe. Cuma nak tukar-tukar menu. So, kami singgah la beli ayam goreng. “Makcik, nak paha ni 2 ketol!”. Tinggal 2 ketol tu je lagi, kecik pulak tu. “Berapa?”, sambil buka beg duit. “5 inggit”, jawab makcik tu selamba.
Aku yang tengah nak keluarkan duit tiba-tiba terbeliak biji mata sekejap. Dan secara automatik terus terpacul dari mulut ku yang sedikit selupar “Hah! 5 inggit? Mahalnya!”. Makcik tu wat derk je sambil layan pelanggan lain. Dengan muka yang berkerut seribu aku bagi la kat makcik tu RM5. Hati meluap-luap tak puas hati!
Apa tak nye.. biasa aku beli paha ayam goreng bersaiz besar tu RM2.50 seketul. Yang tu aku tak kisah la, memang harga ayam mahal dah sekarang. Ni dah la kecik macam paha ayam tak cukup umur, patah pulak tu! Hm,.. cekik darah betol!
Lepas tu kami pun meneruskan perjalanan sambil mengelak onak dan duri serta bau-bauan yang sekejap masam sekejap sedap.
Tiba-tiba lagu Ainan Tasnim berkumandang diudara. Opps! Ada mesej rupanya. Mesej dari @Abang Sayang@.. ‘balik awl’. Dibibirku terukir senyuman panjang lebar. Rasa nak lompat-lompat je. Yeaaaa.. my darling balik awal malam ni. Ini bermakna kena beli makanan berat la untuknyee.. of course NASI.
Kami pun pusing-pusing cari gerai nasi kerabu. Hah! Tu dia. “Makcik, nak nasi kerabu satu. Letak daging bakar ngan telor masin ek”. Tengah makcik gerai bungkus nasi, aku buka beg duit and bertanya “berapa?”. Dengan selamba makcik tu jawab “Lima”. Sepantas kilat aku mendongak ke muka makcik tu. “Horrkkk!Limma?”. Dengan nada yang teramat terkejut. Kelihatan muka makcik tu macam tak nak je pandan muka aku. Hmmm.. aku pun membeli sebungkus nasi kerabu dengan harga RM5.00 and berambus dari situ.
Kemudian kami pun menyusur denai mencari gerai kebab pulak. Tak jumpa! Sama ada tak ada ataupun kami yang tak nampak sebab terlalu sesak dengan manusia. Yang ada, kedai burger dengan roti jong. Roti jong pun sodap juga. So, aku ambik keputusan untuk beli roti jong 2 bungkus. “Roti jong dua! Ni daging ke ayam?”. Seorang lelaki yang lebih kurang sebaya aku segera menunjukkan mana satu ayam dan daging. “Ok, nak ayam lah dua”. Dalam fikiran aku, dah bajet untuk roti jong tu RM6.
Semasa lelaki tu menghulurkan bungkusan berisi roti tu, aku bertanya “berapa?”. Lelaki tu lekas menjawab, “Tujuh!”. Gulp! Aku menelan air liur. Kali ni tak berani nak bersuara dah. Nampak lelaki tu macam baik je. Senyum pun manis. Inilah penjual yang menjadi contoh teladan. Jual mahal pun orang tak berapa nak kisah, asal muka manis!
Hmm... tapi hati masih lagi tak puas hati. Tiga jenis makanan, tiga buah gerai.. semuanya cekik darah! Kenapa ni? Harga makanan naik ke lepas musim raya? Atau aku yang kedekut sebenarnya.
Hehe.. memang sifat aku berjimat sikit. Kalau boleh nak beli barang murah-murah je. Tapi kalau bab kualiti nak yang tip top punya. Hmm.. apa punya olang!
Tapi zaman hari ni memang betol-betol jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan zaman aku kanak-kanak dulu. Masa aku darjah 1 tahun 1993, pergi sekolah bawa duit 20sen je! (kisah benar ni).. tu pun cukup untuk beli nasi dengan air tau! Darjah 6 mak aku up lagi 50sen. Jadi 60sen lah. Tu pun cukup untuk beli nasi dengan air walaupun kawan-kawan aku semua bawak 80sen. Balik sekolah mereka boleh beli makanan ringan kat kedai runcit luar sekolah. Aku pulak terus berjalan pulang tanpa mempedulikan sesiapa.
Hmm.. nampaknya ajaran mak aku masa kecik berkesan terhadap jiwa raga dan pemikiranku. Orang lain makan nasi, aku pun boleh je makan nasi. Cuma orang lain makan nasi ayam, aku makan nasi kerabu maa.. tapi kesannya, sama-sama kenyang. Tak der beza kan. Hahaha..
So, terpaksa la aku simpan semua kenangan dulu-dulu dalam hati kemas-kemas. Mungkin zaman anak-anak aku nanti, mereka terkejut dengar cerita aku ni. Mungkin, susah untuk mereka percayai dek kerana harga barang yang berpuluh-puluh kali ganda lebih tinggi di zaman mereka nanti.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment