Assalamualaikum
Haa ni lah salah satu sifat manusia yang kejam. Majoritinya
macam ni. Ego dan mementingkan diri sendiri.
Memang lah kita tak sengaja nak merosakkan harta benda
orang, tapi tolonglah bertanggungjawab. Kalau kita berhati-hati sekalipun,
tetap akan berlaku juga perkara tersebut. Tahu tak kenapa? Sebab Allah nak uji
sejauh mana murninya hati kita tu.
Macam-macam ragam manusia bila berada dalam situasi begini.
Ada yang muka merah padam sebab tak puas hati, ada yang mencari kesalahan orang
lain pula, ada yang buat tak tahu dan blah begitu saja. Tapi dalam
banyak-banyak tu ada la jugak yang meminta maaf, bercakap merendah diri dan
bertangungjawab sepenuhnya. Tu pun 1 dalam 10 la zaman sekarang. Susah nak jumpa!
Sekurang-kurangnya bila kita melakukan kesilapan secara tak
sengaja, segeralah meminta maaf. Tu yang paling utama. Jangan sampai orang
marah kita sampai mati. Kalau barang yang teramat kita sayang, rosak kerana
kecuaian orang lain pasti kita marahkan?
Barang dah la mahal, ada 1 tu je kat Malaysia. Jadi macam
mana kita nak ganti? Memang tak terganti lah kot. Tapi berusahalah pujuk dan
tenangkan hatinya. Kalau kita merendah diri dan mengakui kesilapan, mungin dia
dapat terima kenyataan dan memaafkan kita. Hubungan silaturrahim pun tidak
renggang, hati juga tidak berdendam.
Dalam hal ni, beruntunglah orang-orang yang sabar. Hatinya
sentiasa tenang walaupun barang kesayangan dia rosak. Dah tak der rezeki nak
buat macam mana. Tapi kalau tak sabar dan marah, sampai bila-bila pun tak
tenang.
Sebenarnya perkara yang terjadi itu adalah ujian dari Allah
semata-mata. Ujian untuk menguji sejauh mana kebertanggungjawaban si perosak
dan kesabaran si pemilik. Allah nak uji hati kita bila secara tak sengaja
rosakkan barang orang. Allah nak uji hati kita bila harta yang kita sayang
rosak atau hilang.
Paling berat untuk ditanggung ialah si pemilik barang
tersebut. Sayang kita pada duniawi dan manusia jangan melebihi sayang kita pada
Allah. InsyaAllah hati akan tenang dan lulus ujian.
Wassalam
No comments:
Post a Comment