Monday, 19 November 2012

Tak mau emo2. Nanti cepat tua

Assalamualaikum uolls ∩__∩

Sedang terdampar kekenyangan selepas membaham nasi dengan lauk pauk sesederhana mungkin. Lepas tu layan fb. Tgk post kawan-kawan lama. Ada yang upload gambar kawen, gambar gewe, gambar gediks dengan mata belalak dan banyak lagi ragam manusia. Ada yang buat aku suka, terus like. Ada yang buat aku menyampah, unlike #opss xder ek..hehe..

Tapi aku rasa macam lain macam bila kawan2 upload gambar baby masing2. Hmm.. kadang2 aku ok. Tapi sekarang rasa macam kurang ok. Rasa sayu sendu pilu nyilu aje . Orang lain baya aku dah ada anak 3, tapi akuuu..wuwuwuwuu..uwwaaa...sob sobss..

Ah.. kau jangan nak pesongkan pemikiran aku la setan! Ni memang kau punya kerja kan..kan.. Selalu je nak buat aku sedih serta menjurus kepada tidak menghargai pemberianNya selama aku hidup atas dunia ni.

Aku bersyukur. Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang telah Kau berikan Ya Allah. Semuanya dah aku miliki. Suami yang baik sepertimana permintaanku dalam doa harianku dulu. Kebahagian dan kedamaian hidup seperti yang aku rayu kepadaMu dulu. Semua dah Kau kurniakan kepadaku.

Kalau dulu aku boleh menunggu selama 5 tahun untuk miliki apa yang aku doakan. Dan sekarang, baru 2 tahun aku berkahwin. Ah..biasa lah tu.. Mungkin Allah nak aku jadi seorang ibu yang sempurna suatu hari nanti. Mungkin aku dan suami patut gunakan waktu berdua ni untuk bercinta sakan. Ohh..bahagianya hidup. Macam orang bercinta. Cinta yang halal lagi suci. Ahakss

Apapun.. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. setiap apa yang Kau berikan sama ada lambat atau cepat ia sentiasa tepat dan sesuai pada waktunya. Yaa...aku akan sabar menanti. Aku akan belajar untuk jadi lebih matang. Aku akan buat persediaan yang rapi. Aku akan kentalkan hati dan jantungku. Aku akan mantapkan keimananku. Pasti! Suatu hari nanti aku akan miliki jua. InsyaAllah.

Wassalam.

Tq for reading this entry!

No comments: