Thursday, 14 February 2013

Miliki Wajah Secantik Lisa Surihani!

Assalamualaikum..

Pipi dah sama tembam. Kami sebaya tau!
Hai pembaca-pembaca wanita. Pasti anda teruja dengan tajuk di ataskan? Jom kita dapatkan wajah yang anggun dan licin mulus seperti Lisa Surihani tanpa perbelanjaan yang besar. Just, pergi ke dapur dan tengok apa yang ada untuk digunakan sebagai bahan mencantikkan kulit wajah anda. Inilah yang dipanggil petua lama yang telah lama saya praktiskan dan ia memang berkesan serta menjimatkan. Jadi modalnya hanyalah sebuah KERAJINAN serta SEMANGAT WAJA, ok!

Wajah GEBU bak Lisa Surihani
Cantikkan wajah Lisa? Nak cantik dan gebu macam tu? Senang saja. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata. Biarkan ia kering. Kemudian cucilah muka anda dengan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

Kulit LICIN selicin kulit muka Lisa
Fuyyoo kemain lagi subtittle ek. Tapi itulah realitinya. Nak kulit licin? Campurkan sedikit tepung pulut dengan air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokannya, cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali. Kesannya pasti menakjubkan.

Pipi bak PAUH DILAYANG
Fuh! Apa itu pauh dilayang? Lihatlah pipi Lisa, begitulah gambarannya. Hanya campurkan 2 sudu madu dengan sebiji telur yang diambil putihnya sahaja. Kemudian lumurkan pada wajah dan biarkan kering. Setelah itu, cucilah dengan air. Anda juga mampu memilikinya. Percayalah!

AWET MUDA
Siapa yang tak nak kelihatan awet muda dan kekal berseri seperti Lisa tak pun seperti saya? Hehe. Tiru cara saya. Selepas bangun tidur, amalkan minum segelas air suam dan selawat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. InsyaAllah muka anda berseri-seri dan kekal awet muda. Cubalah.

Senangkan? Ok, selamat mencuba!

Tq  reading my entry!

6 comments:

Ridzwan Mohamed said...

waa...bagus petua2 ni

Unknown said...

Try la Abg Ridzzzz.. Kot2 cantik cam Lisa nnti

Akupenghibur.com said...

wow hebat !!

Unknown said...

Cuba la awak.. hehe

Dayang Deno said...

LISA MEMANG CANTIK

Unknown said...

Teringin nak secantik lisa