Assalamualaikum
Hari ni kerjanya jalan-jalan ke blog orang mengutip apa-apa saja ilmu berguna dan komen banyak-banyak sebagai jejak supaya uolls tidak tersesat arah nanti. Kikiki.. Dari semalam lagi saya dan suami berdua-duaan saja kat rumah. Semuanya dah balik kampung der, jenguk nenek yang sudah uzur. Saya? Kena la temankan suami. Cuti-cuti ni dia nak berehat sebanyak mungkin. Kami ni memang jenis malas sket jalan-jalan di hari minggu sebenarnya, kecuali la kalau ada hal.
Hmm apa lagi sambil mata menghadap laptop, tangan pulak menyudu barli dan mulut mengunyah setiap masa. Habis barli, eh rasa nak mengunyah benda garing plak. Cepat-cepat bikin ais krim goreng. Ahh sedapnya. Pastu barli lagi. Errkk kekenyangan. Alhamdulillah. Kuat makan pulak akhir-akhir ni, nasib baik lahap benda berfaedah jugak. Selain barli, suka sangat menghadap oat+milo depan laptop sampai meleleh.
Barli masak sendiri tu. *Rebus je pon
My husband? Setia dengan hobinya sepanjang zaman. Tido memanjang. Petang tadi rasa jugak mengantuk akibat dari pedih mata membaca serta kesepian suasana. Tapi berjaya dipatahkan sebab nak tengok citer Hindustan kegemaran,Hamara dil aapke paas hai. Uolls tengok tak citer ni tadi? Jom nyanyi kat puncak Gunung Everest *Kia aapko eehsase hai. Baater aabyee haas hai. Aapka dil hamare paas hai. Hamaradil aapke paas hai................
Fuh! menyentap jantung hati ku..*untuk lebih koyas sila pakai earphone dan maxsimumkan sound.
Suka tengok citer ni walaupun dah kali yang keberapa. Banyak kata-kata semangat dari si Anil Kapoor untuk Aishwarya Rai yang boleh buat hati kita rasa macam teruja gitu. *Haks macam-macam hal la kau ni Mieza. Jalan citernya pulak kejap sedih kejap menakutkan kejap happy. Alaa macam citer-citer Hindi yang lain tuu. Time takut tu kena skip jugak la. Cepat-cepat tukar channel lain. Haha dasar penakut lagi pengecut.Tq 4 reading my entry!
4 comments:
wahh cerita nie my mom suka sangat... adehhh
Alamak...hobi suami awak sama mcm aku...kikiki.
Saya punyaxwife cukup paham. .kalau cuti panjang. Masak dan lepas mkn tidur..tgk tv..tidur. .kikiki
Hoho..nmpaknya kitaorang sejiwa nih..klu tgk bersama lg best..sama2 menangis sama2 ketawa..
Hah...sejibik laa.. Lepas makan tgk tv sbgai pengulit tido..mmg sehobi la.. *mujur perut xbuncit..haha
Post a Comment