Assalamualaikum readers
Tengah buat apa malam-malam ni? Tengah asyik tengok citer Dalam Setiap Sujud, tiba-tiba teringat nak update blog pasal sesuatu yang menyentuh hati saya pagi tadi.
Sebenarnya pagi tadi saya dengan mertua telah melalui duri dan ranjau naik bukit turun bukit meredah hutan tebal semata-mata nak jumpa nenek kebayan tau. Hehe itulah versi menipunya! Sebenar memang benar kami pergi jumpa nenek kat kawasan yang sedikit pedalaman tapi tak la sebegitu rupa payahnya. Kikikik
Pagi tadi lepas mak mertua balik dari jogging, kami pun bertolak ke Kampung Wa. Tak tau mana Kampung Wa? Jerangau awak tau tak kat mana? Err tak tahu jugak? Terengganu kenal tak? hehe. Kami pergi dengan satu hajat iaitu nak mengurut. Dengar kata nenek yang dipanggil Tok Teh ni pandai mengurut dan lagi bagus ramai yang dah mengandung lepas berurut dengan Tok Teh. Untuk mereka yang lambat pregnant la.
Sesampainya kami ke rumah Tok Teh, hati amat tersentuh dengan kedaifan beliau. Tinggal pulak sorang-sorang. Paling mengejutkan umurnya dah 111 tahun! Wauu masih sihat dan tak ada penyakit melainkan batuk-batuk kecil. Itulah orang dulu-dulu. Pandai jaga kesihatan. Bila ditanya apa rahsianya, dia kata hanyalah dengan memakan sireh pinang. Orkk makan sireh pinang yang merah mulut tu sihat ek? Tak tahu la pulak.
Segala-galanya boleh diceritakan oleh gambar ini
Siap ada muka Pak Lah lagi kat dinding. Tok Teh tengah buat air untuk kami berdua. Dia kata "Nak mengurut kena minum dulu. Aku pun nak minum jugak" |
Tok Teh ni suka bergurau tau. Tak kering gusi dibuatnya. Ceria je walaupun orang sering tuduh dia 'orang gila'. Terkejut bila Tok Teh bagitau macam tu. Sanggup orang kampung tuduh Tok Teh macam tu mentang-mentang dia hidup sorang diri dan daif. Ya Allah, sedihnya.
Bila ditanya pasal anak, Tok Teh kata dia ada seorang anak lelaki. Dah kawin dah ada anak malah dah ada cucu pun. Tapi anak tersebut tidak menjaga Tok Teh dengan baik. Malah wang bantuan kerajan pun dikebas oleh anaknya. Sanggupkan seorang anak buat macam tu.
Itu lah anak zaman sekarang. Mak sorang pun tak dapat jaga. Dibiarkan saja seorang diri dalam rumah yang sangat uzur. Nak makan sesuap nasi pun kena keluar sendiri cari lauk-pauk dan terpaksa berhutang untuk sara hidup. *Eh saya ni macam wartawan Bersamamu pulak.
Berbalik kepada kesan urutan Tok Teh tadi, memang best la. Sekarang pun boleh rasa lagi sakit-sakit dan rahim macam dah berubah tempat duduk. Itulah tangan orang tua lama yang berpengalaman. Jauh berbeza dari urutan orang zaman sekarang ni. Mengurut semata-mata nak duit saja tapi ilmu tak banyak.
Jadi peringatannya kat sini,
1. Hulurkanlah bantuan walaupun sedikit makanan untuk warga tua yang bersendirian. Dan jangan pula kita berprasangka dan tuduh yang bukan-bukan pulak.
2. Kita sebagai anak jangan sesekali abaikan mak bapak kita walaupun mereka pernah melakukan kesilapan. Mereka tetap ibu bapa kita.
3. Ingatlah bahawa kedaifan, kesenangan, kesedihan, kegembiraan itu semuanya ujian dari Allah
3. Fikir-fikirkan dan bayangkan lah sendiri. Haha
Tq 4 reading my entry!
No comments:
Post a Comment