Monday, 18 February 2013

Jodoh dan Keirasan

Assalamualaikum

Lama dah saya perhatikan perkara ni. Rasanya dari zaman diri bergelar pelajar lagi. Saya tengok majoriti mereka yang berjodoh (dah berkahwin) pasti mempunyai wajah yang hampir-hampir sama. Ada iras-iras la. Sekali tengok macam adik beradik. Akan tetapi, ia bukan saja terjadi kepada kepada golongan yang dah berkahwin tau. Kadang-kadang ada jugak terpandang pasangan bercinta yang wajah ada iras.


Irma Hasmie dan suami 
Dalam hati berbisik "Ada jodoh diorang ni kot". Dan saya tengok mereka sangat serasi. Bercinta sampai bertahun-tahun dari zaman sekolah menengah sampai la ke IPT sampai la sekarang. Dah kerja kedua-duanya. Tapi masih lagi tidak sampai jodoh dan seru diorang untuk berkahwin. Ia berlaku kepada kawan rapat saya sendiri tau *gambar dan nama terpaksa dirahsiakan. Nanti dia marah pulak. Hehe

Tapi yang peliknya kan, bukan saja terjadi kepada pasangan bercinta mahupun yang dah berkahwin. Malah ia juga terjadi kepada sahabat karib atau kawan rapat kita. Cu korang perhati kawan rapat korang, ada iras tak? Haa peliks tapi benar. Ramai dah yang saya jumpa tau. Macam adik-beradik kembar pun ada. Padahal bila saya tanya, mereka kata hanyalah kawan!


Tengok kawan Fatin Liyana ni. Macam ada iraskan?
Jangan marah Fatin Liyana, pinjam gambar. Hehe
Ini mak dan abah mertua saya. Ada iraskan?
Jemu dah dengar orang kata kami ni macam adik-beradik.
Padahal tak nampak sama pun. kan? kan?
Apakah ini memang realiti atau mata saya ini telah mengalami halusinasi yang serius?

Tq 4 reading my entry!

2 comments:

Nurul Aini said...

Hehehe..betul kak..saya pun selalu perasan. Nampak padan, cantik, manis, dan secocok je kalau pasangan, atau kawan2 muka ada iras2 ni. Suka.

Mieza Jhaa K said...

Bila fikir sekali pelik kan.. adakah kita serasi bersama orang yang ada iras kita??