Thursday 7 March 2013

Harga Rumah Semakin Mahal Dan Tidak Berkualiti

Assalamaualaikum

Sekarang ni kami masih lagi berusaha mencari rumah sekitar Paka dan Dungun. Tapi menyedihkan serta mengecewakan bila rumah di Daerah Dungun ni tersangatlah mahal. Pening lalat den dan Mr.K dibuatnya. Harga yang ditawarkan tersangatlah tinggi dan amat tidak berpatutan. Apakah daerah ini hanya untuk golongan yang bergaji 5ribu ke atas? Bagaimana pula dengan keluarga yang tidak bekerja di pelantar minyak atau Petronas? Mereka hanyalah posmen dan mekanik yang bergaji kecil.

Sebuah rumah teres bersaiz kecil di Paka biasanya disewakan dengan harga 4ratus sebulan paling kurang! Kalau ada yang berharga RM350 pun, ia amat menyakitkan hati saja. Tanpa garaje, pintu bilik air yang dah rongak serta dinding yang berkulat dan dipenuhi anai anai. Namun rumah sewa di Dungun lagi mengejutkan kerana berdekatan dengan Politeknik dan UITM Dungun. Biasanya dalam 8ratus sebulan untuk rumah teres biasa.

Bulan lepas kami pergi ronda ronda ke Paka kalau kalau ada terjumpa rumah untuk disewa atau dijual. Memang berhajat untuk beli je berbanding sewa sebab tidak berbaloi dan merugikan. Hajat kami nak beli rumah murah untuk disewakan sebagai pencen hari tua. Namun yang ada hanyalah sederet rumah teres yang baru siap dengan harga RM45,000. 

Inilah rumah yang berharga RM45,000 tu. Rumah kotak beratap gelombang biasa serta pintu playwood yang mudah reput dah menggelembung. Amat tidak memuaskan berbanding rumah di kampung halaman, Besut yang hanya berharga 30ribu atau 35ribu sahaja.




*Kalau dah ini saja yang tinggal terpaksa la kami pejam mata dan beli. Lagipun harga rumah semakin naik, bukan semakin berkurang.


Thanks 4 reading my entry!

2 comments:

Nur Nainis said...

Memang harga rumah sekarang mahal kak kan..ermm..susahlah saya nak beli rumah nanti..Memang kena menabung siap2.

Unknown said...

rumah banglo biasa pun harga dekat sejuta dik