Thursday, 21 March 2013

Masker Telur

Assalamualaikum

Hmm kulit muka rasa agak berminyak sejak akhir-akhir ni. Mungkin sebab banyak makan makanan berminyak dan masih lagi tidak cukup air. Walaupun setiap masa minum air, namun cukupkah 3liter sehari? Makin meningkat umur makin kena minum air banyak-banyak. 

Ok, hari ini hari kecantikan sedunia. Jom kita pakai masker telur untuk mengatasi kulit berminyak. Saya biasannya menggunakan tisu untuk tampal kat muka. Sebab bila kering dan cabut maka akan keluarlah segala jenis kekotoran blackhead serta whitehead kat muka. Untuk tidak merumitkan, sapu saja putih telur tu kat muka. Fungsinya sama, cuma tidak membuang kekotoran dalam liang roma.

Mula-mula asingkan dulu telur putih dengan telur merah tu. Eh sekali tengok macam dragon ball pulak. 


Haa tengok.. Dah jadi dragon ball.. haha

Kemudian gunting beberapa helai tisu mengikut kesesuaian. Tak perlu la buat lubang mata hidung mulut tu semua. Cukup sekadar gunting panjang-panjang sesuai dengan dahi pipi dan hidung..Kalau dahi luas gunting besar sikit. Kalau pipi tembam jangan letak tisu kecik pulak. 


Sapu dulu telur kat muka dan kemudian tampal tisu satu persatu.  Then, tunggu kering. Elakkan bercakap ok. Lepas buka masker tu nanti teruja sangat tau. Kulit rasa sangat lembut, gebu, dan tidak berminyak lagi. Ia juga berfungsi menegangkan kulit muka. Jadi amalkanlah selalu. Nak cantik harus la kena rajin. 

Dah telur merah pulak macam mana? Jangan buang. Nak makan pun boleh. Tapi sebenarnya ia ada fungsi juga untuk wajah. Campurkan dengan beberapa titik minyak zaitun. Kacau- kacau sebati dan sapu kat muka. Sangat bagus untuk menghaluskan kulit muka. 


Minyak zaitun tu mak mertua guna untuk menumis masakan. Tapi saya guna untuk kecantikan pulak. Hehe


Thank you for reading my entry!

12 comments:

Aku Penghibur said...

wahh lepas pkai mesti kulit licin kan :) mcm lisa suraini

Hasri Anis said...

confirm tergelincir nyamuk kalau hinggap lepas ni.. licin sangat ^__^

Mieza Jhaa K said...

Harus la Acik...hahaha..Siapa tu Lisa Suriani? Lisa SURIHANI laaa

Mieza Jhaa K said...

Hahahaha...lawak la Hasri ni..

Aku Penghibur said...

hehehehe salah plk adehhh .. bergolek2 jadinya

Amin A. R said...

saya pernah pakai masker ni sekali dua..itu pun tumpang pakai kakak punya..hehe

Mieza Jhaa K said...

Wau rajinnya..good2..∩__∩

Ibu Lala said...

Dah lama x buat. Time anak dares rajin la buat.

Remy hazza said...

hu3..... pernah gak buat dulu2...... he3...kantoi!

Mieza Jhaa K said...

Ish lepas kawin pn kena rajin jgk tau.. mulus je wajah

Mieza Jhaa K said...

Hihi..baguskn utk kulit.. Lembut tanpa kulit berminyak.

Nurul Aini said...

hehehe...dragon ball. Tak pernah buat..Minyak olive tu susah nak jumpa..