Wednesday 13 March 2013

Petanda Jodoh : Kau Milikku

Assalamualaikum

Anda semua pernah merasai pengalaman mengecam jodoh? Bagi mereka yang akan melangkah ke arah perkahwinan dan yang sudah berkahwin pasti pernah merasa. 

Dulu diawal pertemuan dengan Mr.K, saya tidak pernah jatuh cinta pandang pertama. Cuma sekadar tertarik dengan perwatakannya yang pendiam dan menjaga pandangan mata serta kelakuan. Orangnya cool serta bersih (dari segi pemakaian dan raut wajah). Sedangkan saya pula macam murai, suka bertanya bercakap dan ketawa. 

Ingat lagi soalan pertama saya semasa dia datang ke meja saya atas urusan pejabat, "Awak ni keturunan Cina ke?". Tapi dia hanya tersenyum tanpa menjawab walau sepatah. Dialah orang terpelik didunia. Lepas tu baru saya tahu yang dia kurang bercakap dengan orang. Hahaha

Selepas itu kami kerap berjumpa kerana dia berkawan rapat dengan staff pejabat saya. Selalu nampak muka dia kat kantin dan kerap kali juga kami semua makan bersama. Masa tu saya dapat rasa dia suka berkawan dengan saya yang ceria setiap masa. 

Perkenalan kami yang singkat itu amat bermakna kerana dirasakan macam ada keserasian dalam banyak perkara. Kami masing-masing seperti ada deria rasa ke enam (sixth sense). Walaupun pada mulanya saya agak keliru dengan sifatnya yang kurang bercakap, inikan pula menyatakan rasa hati. Tapi kami hanya pendam dan percaya kalau ada jodoh, akan bersatu jua.

Dia pernah menyatakan kepada saya yang dia suka berkawan dengan saya dan senang bersama. Hati ini mula berdebar-debar kerana perasaan yang sama. 

Namun saya terpaksa melupakan rasa hati yang mula tumbuh, bila mengetahui ada seseorang yang lebih menyintainya. Saya beri laluan untuk mereka kerana saya percaya Allah sudah tentukan dengan siapakah jodoh saya. Semoga dia berbahagia dengan orang yang dia cintai. 

Suatu hari dia berpesan supaya saya melakukan solat Istikharah. Kerana dia pernah bermimpi pasangannya berkahwin dengan orang lain. Hati saya berdebar kerana dia pernah hadir dalam mimpi saya sebelum ini. Namun saya hanya pendamkan. Mungkin mainan tidur. 

Hati ini takut, kalau-kalau menjadi penyebab keruntuhan hubungan mereka. Ya Allah, kau buanglah rasa cintaku terhadapnya jika dia bukan jodohku. Walaupun hati ini perit dan sakit yang teramat bila sedaya-upaya cuba melupakan dia. Hati ini kuat mengatakan dialah jodoh saya. 

Segalanya terjawab bila dia menyatakan saya adalah calon isteri pilihannya. Ya Allah, hati ni hanya Allah saja yang tahu. Inikah yang dikatakan cinta dari Allah? Kali pertama hati ini benar-benar jatuh cinta dengan perasaan yang amat hiba dan ikhlas walaupun saya pernah bercinta sebelum ini. 

Itulah kisah 3 tahun yang lalu dan sekarang sudah 2 tahun lebih kami berbahagia melayari hidup di alam perkahwinan tanpa ada sengketa dan bermasam muka. Ketenangan terpancar diwajahnya saat diri ini dilanda masalah. Sikap penyanyangnya tidak pernah berkurang dan dia telah banyak merubah saya menjadi lebih baik dari segi pemikiran dan tindakan.


*Dulu saya selalu berdoa semoga dikurniakan seorang suami yang baik, beriman dan boleh membawa saya ke arah kebaikan.


Sebelum tu baca related entry di sini..  Mungkinkah Ini Cinta? 


Thanks 4 reading my entry!

20 comments:

Akupenghibur.com said...

wahh bestnya kisah nie .. so sweet !

Unknown said...

best la kisah akak.. seronok pulak membacanya ^_^
semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Aamin..

Unknown said...

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan..bila terkenang, kasih sayang tu makin kukuh..menghargai kehadiran..

Unknown said...

Aamin.. Terima kasih dik Hasri.. Setiap orang ada kisah masing2..cara pengolahan cerita tu buat ia makin menarik..

Bin Muhammad said...

Salam,
Semoga jodoh berpanjangan, bahagia, aman dan diberkati hingga ke syurga.

Unknown said...

Waalaikummussalam...terima kasih doakan kami.. semoga awak pun begitu juga..

Unknown said...

salam akak....wahh so sweet n tersentuh baca :')
semoga akak n hubby bahagia till Jannah, aamiin

*akak nk dtg penang ke?berapa hari? yeahh, in shaa Allah, kalo xde ppe, boleh la jumpa akak... :D heeee

Unknown said...

Akak pn tersentuh jgk time menaip..haha feeling.. Aamin. Terima kasih dik..

*4Hari je teman Abg K p kursus.. insyaAllah jika tak sesat...hehehe

Unknown said...

hehe, mesti laa kena feeling kan akak, last2 bahagia sampai sekarang, syiokk sgt..hope kisah dik gn bon2 cmtu laa..hehe

*4hari? lama jgk tu, in shaa Allah, klo dik ada penang boleh laa kte jumpa kat mana2 kan, tp dik merempit la p kat akak, hehe, akak inbox laa no akak kat fb dik, nnt dik miskol, ppe nnt akak roger2 la eyh :D

Unknown said...

Wau bestnyer merempit...lama tak merasa...tp pandai membonceng je..hahha... ok2..

Unknown said...

assalamualaikum,,
romantiknya :D

Unknown said...

andai ditakdirkan itu jodohnya...pasti chemistry tetap ada.....
semoag kekal kekal berpanjangan... amin

Nur Nainis said...

Saya tak jumpa lagi..hehe.. semoga akak dan suami berkekalan sehingga ke jannah..

Unknown said...

Waalaikummussalam..hehe

Unknown said...

Ye..betol tu..Aamin..terima kasih remy

Unknown said...

Adik pn akan merasa la nnti..akan mengalami pengalaman sendiri...

Unknown said...

Terima kasih dik aini....aamin...

iha said...

ehem, berdehem kejap sebab rasa cerita ni sweet sampai tak cukup nafas iha baca, excited you know, hehe..
Moga bahtera kalian kekal hingga ke hujung nyawa.. Amin.... :)

Unknown said...

Akak yang menulis pun excited jgk.. yelah..terkenang kisah manis, kejap2 senyum sorang2..

Anonymous said...

Salam, saya sungguh terharu dan hati ni benar2 tersentuh bila membaca entry puan ini....saya juga sedang alami perkara yg sama, dan si dia juga kini sudah berpunya...TAPI, dia selalu muncul dlm mimpi saya (mgkn hanya mainan tidur)...tapi, saya dpt rasakan chemistry itu sangat2 kuat antara kami...saya dan dia bagaikan kembar dan compliment for each other..tapi, (byk sgt tapi) apa2 pun, saya serahkan pd takdir shj....