Assalamualaikum
Kalau tengok bebudak sekarang yang bebas kesana-kemari, teringat zaman saya remaja dulu. Penuh dengan pemberontakan dalam hati kerana tidak dibenarkan keluar rumah.. tidak dibenarkan bergaul dan bersosial. Dari kecil sampai besar hanya melihat pokok-pokok menghijau dan main sorang-sorang je belakang rumah. Bila dah meningkat remaja sket mula teringin nak keluar ke bandar. Nak rasa keluar ramai-ramai dengan kawan dan beli sendiri barang kesukaan. Namun tetap tidak dibenarkan.
Ketegasan mak ayah yang menyekat kebebasan tu buat saya memberontak. Saya tidak faham apa yang mak risaukan. Sekarang bila dah kawin saya terkejut bila mak kata "Pergilah kemana nak pergi.. Jalan-jalan sepuas hati bila dah kawin ni.." Ohh..baru saya faham yang mak nak jaga diri saya dari pelbagai bahaya dan terpengaruh dengan gejala sosial di luar sana. Baru saya faham bila dah bersuami, kenikmatan bercuti bersama suami tu lebih selamat dan menyeronokkan.
Terima kasih mak..ayah..kerana mengongkong kebebasan saya dulu. Walaupun dulu saya tidak tahu perkembangan fesyen semasa, tidak tahu jalan ke bandar..tapi saya berbahagia sekarang kerana saya sudah dapat nikmati semua tu dengan bertemankan suami disisi.
Terima kasih mak.. ayah..kerana menjaga dan membentuk keperibadian saya dengan ketegasan. Tanpa ketegasan itu mungkin sikap dan disiplin diri ini tidak sama dengan sekarang.
Jasa mereka mungkin tidak terbalas tapi selagi masih bernyawa, akanku panjatkan doa buat mak ayah di kampung yang sudah uzur.
Thank you for reading my entry!
14 comments:
mereka buat begitu kerana sygkan kita, kalau dibiarkan bebas lepas mcm2 perkara blh jd.=D
dulu budak2 kan..tak faham sebenarnya tu utk kebaikan kita..
Betul tu...mereka buat untk kebaikan kita jgk..
alhamdulilah ... tolong!! sekarang acik tengah sedih :(
Alaa jgn sedih2... Jom kita weChat..saya bg kisah lucu smpai Acik ketawa...~>_<~
Hope budak2 skrg pn faham knp mak ayah kongkong hidup mereka..kita kan perempuan..∩__∩
kadang2 kita selalu tertanya-tanya akan sebab musababnya kenapa mereka berbuat sedemikian. Biasalah kan. Masa tu ubun2 pun masih lembik lagi. Jadi, apa yg seronok pd pandangan mata akan dicuba sedaya upaya yg mungkin utk digapai.
Namun, ada tangan yg menghalangi dan menyekatnya supaya kita tak tersalah langkah dalam arus keseronokan dunia. Merekalah orang tua kita, ibubapa kita dan satu2nya insan yg lebih kenal dan faham akan baik buruknya diri kita. Takkan ada galang gantinya..
~doa seorang anak yg soleh/solehah tu adalah yg terbaik utk mereka. ^__^
Betul3 setuju sgt3 dgn akak...huhu...ibu ayah buat untuk kebaikan kita jgk kan, walaupun kdg2 kita rasa mcm tension dan mmberontak sbb trlalu terkongkong kan..semua tu ada hikmahnya...tgh sedih jgk ni akak..huk3
assalamualaikum ... perkara biasa . bila ada perkataan jangan , kita jadi grrr . Sekarang bila perhati anak2 buah , mmg perlu perkataan "jangan! " ...
Ketegasan mereka tu buat kita berbangga hari ini.. mereka berjaya bentuk kita jd ank yg baik..akn dtg adakah kita mampu membentuk anak sndri?
∩__∩
Mereka syg kita dgn cara yg betol.. eh, knp sedih ni.. dh smpai Penang blum? ∩__∩
Waalaikummussalam.. tp budak skrg degil betol kn.. bila kata jgn, makin dibuatnya...
ibu bapa mengogkong kekadang adalah utk kebaikan kita sendiri.......
dari di biarkan kita bebas hanyut dalam dunia......
Saya tak pernah rasa terkongkong ni..Mungkin sebab semua benda buat dengan mak ayah..jadi dah biasa. Lagi pun saya memang tak suka keluar..hehe..duduk rumah memang paling best. Duduk terperap. Kalau dulu ada arwah ayah..berjalan pergi pasar2 malam je lah..hehe.
Kebanyakannya pengaruh rakan sebaya. Mereka nampak kawan2 buat gitu, ajak mereka, mereka nak ikut. Anak2 zaman sekarang dah lain kan kak..bukan sama dengan zaman2 kita dulu. Kalau zaman kita dulu sikit teruknya, zaman sekarang makin makin teruk rasanya.
Post a Comment