Sunday, 28 April 2013

Citarasa Berubah Seiring Dengan Peningkatan Umur

Assalamualaikum

Saya perasan banyak perkara atas diri saya yang telah berubah dengan sendirinya bila umur dah semakin meningkat ni. Kecuali raut wajah dan bentuk badan la, takkan masih sama macam umur 15 tahun dulu. Tidak berkelogikan. Tapi kalau pandai menjaga badan boleh la merasa bentuk tubuh lengkok-lengkok macam zaman anak dara. Lagi-lagi bila dah bersuami, kena la jaga badan jangan sampai kembang kemangkuks.

Tapi kebanyakan perubahan yang saya alami tu bukan ke arah negatif la. Kebanyakannya ke arah potisif, alhamdulillah. Pasti anda semua pun berubah jugakan bila dah meningkat umur, terutamanya dari segi..

1. Pemikiran. Kalau dulu asyik fikir nak enjoy je 24jam, namun dengan tanggungjawab yang dipikul sekarang buat saya jadi lebih matang dan berfikir untuk masa depan. Takder dah perasaan nak keluar jalan-jalan dan bebas kesana-kemari. Bila dah ada peluang ni, rasa tak minat pulak keluar jalan-jalan. Asyik terperuk kat rumah je, tunggu suami cuti Jumaat Sabtu baru rasa nak keluar ke bandar.

2. Pakaian. Bab pakaian ni memang lucu sket, sebab lain dari orang dan suka ikut citarasa sendiri. langsung tak berminat nak ikut trend semasa. Zaman sekolah rendah, pakaian asyik koyak kat lutut je sebab terlalu nakal kat sekolah. Zaman sekolah menengah pakaian ala-ala tomboi sebab gangster besar kat sekolah. Hahaha berlagak. Zaman belajar kat IPT dah mula jadi ayu sket, sebab kena pakai baju kurung. Masa ni la ada orang berkenan, sebab pakaian macam perempuan. Dan sekarang makin menutup lagi tertutup la ditambah pula bersuamikan orang yang sopan santun. Hahaha

3. Makanan. Dulu sampai nangis-nangis taknak makan sayur. Sekarang pun sama je, cuma kecik-kecik dulu taknak makan nasi. Coklat aiskrim dengan cekedis je jadi makanan rutin sampai kurus kering. Sebab tu tumbesaran macam terbantut sket kot. Orang lain dah lama matang, saya masih lagi kebudak-budakan, haha.   Tapi sekarang, saya dah mencuba beberapa helai sayur. Kira berubah la tu kan?

4. Hobi. Dulu suka menjahit sampai jahanam habis kain lama yang mak simpan. Saya gunting-guntung buat baju anak patung dan anak jiran sekali. Hobi sentiasa berubah-ubah sampai sekarang dah macam-macam hobi yang saya ceburi. Semuanya tidak tetap, tidak menjadi dan tidak sesuai dengan minat serta keinginan. Nampaknya buat kek dan memasak adalah hobi yang betol-betol sesuai.

Akan tetapi dengan perubahan yang terlalu sedikit tu langsung tidak membantu saya untuk kelihatan matang. Cuma dari segi pergaulan, saya lebih suka berkawan dengan orang yang lebih tua. Suka join aktiviti orang lebih berusia yang berfaedah. Tapi ada yang ingat saya ni anak kepada salah seorang kawan saya tu. Hmm nasib laa..



Thank you for reading my entry!

No comments: