Assalamualaikum
Bila ditanya, "Siapa mahu ganjaran lumayan dunia dan akhirat?", ramai yang cakap nak. Bila ditanya. "Siapa mahu keluar modal dan berusaha keras untuk mendapat ganjaran lumayan dunia dan akhirat?", tak ramai yang menyahut. Ingatlah semua bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.
Bangun Awal Pagi
Dari kecil saya diajar bangun awal pagi dan mandi air telaga yang sejuk sampai ke tulang. Sungguh segar hinggakan rasa mengantuk hilang terus. Bermula dari tingkatan 3 saya dah belajar bangun pukul 4 pagi untuk menelaah dan buat latihan. Maklumlah, saya ni memang susah sikit nak ingat apa yang telah dipelajari kalau tak tengok balik dan buat latihan banyak-banyak. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat keputusan yang agak baik dari tidak berusaha langsung.
Kajian yang dijalankan di sebuah universiti di Heidelberg, Jerman menunjukkan bahawa orang yang bangun awal pagi adalah lebih proaktif dan cemerlang.
Bertepatan dengan doa Rasullullah S.A.W, "Ya Allah, berkatilah untuk umatku pada waktu awal pagi mereka."
Berusahalah Gapai Impian
Sememangnya kecerdikan itu membantu untuk mencapai kejayaan, tetapi ia bukanlah terletak dalam kuasa manusia untuk menentukannya.
Pengasas KFC, Kolonel Sanders berusaha 9,999 kali barulah resipinya diterima oleh sebuah restoran untuk dikomersialkan. Albert Einstein juga pernah gagal dalam peperiksaan. Taukey Honda, Mendiang Boon Siew khabarnya tidak tahu membaca dan menulis tetapi dia bangkit dari kelemahannya dan tidak mahu mengaku kalah.
Kita tidak dilahirkan terus berjaya. Kita juga tidak dilahirkan terus gagal, derita, kecewa, tetapi kita mempunyai potensi untuk kedua-duanya. Rancanglah, atur strategi, berusaha dan bertawakallah agar kita tidak menunggu buah yang tak jatuh-jatuh!
Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment